Connect with us

Terkini

KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerapkan petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa diberikan pencen.

Wartawan TMT

Published

on

KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata ini bagi tangani bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada serta untuk kurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM29.1 billion pada 2021.
  • “Kita sedar beban kerajaan berdepan dengan skim berpencen iaitu pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 billion dan kemudian meningkat kepada RM29.1 billion pada 2021, ini adalah beban yang sangat tinggi dan mungkin terus meningkat.
  • “Jadi kita memikirkan jalan keluarnya adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa pencen, namun mereka ini boleh mendapat manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain antaranya boleh membuat pinjaman perumahan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerapkan petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa diberikan pencen.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata ini bagi menangani bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada serta untuk mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM29.1 billion pada 2021.

“Kita sedar beban kerajaan berdepan dengan skim berpencen iaitu pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 billion dan kemudian meningkat kepada RM29.1 billion pada 2021, ini adalah beban yang sangat tinggi dan mungkin terus meningkat.

“Jadi kita memikirkan jalan keluarnya adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa pencen, namun mereka ini boleh mendapat manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain antaranya boleh membuat pinjaman perumahan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Jefridin Atan yang ingin tahu sama ada KKM mempertimbangkan untuk menambah jawatan doktor kontrak bagi mengatasi masalah bebanan kerja petugas kesihatan.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata ekoran peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD), KKM menghadapi peningkatan bilangan pesakit dalam dan luar di fasiliti kesihatan terutama di hospital melebihi kapasiti sumber sedia ada sekali gus menyebabkan kesesakan di hospital.

“Untuk mengurangkan kesesakan di hospital, kita telah melaksanakan projek rintis diketuai Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang juga ditubuhkan di bawah penyeliaan Ketua Setiausaha Negara.

“KKM juga membudayakan usaha pendigitalan untuk kurangkan beban kerja anggota KKM selain melaksanakan amalan penjadualan yang boleh membantu memastikan anggota mempunyai masa rehat mencukupi antara syif termasuk dalam memberikan cuti kepada petugas kesihatan,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending