Connect with us

Terkini

Burukkan nama ‘Tun Razak’ jemput LGBT, lesen Privacy Tun Razak digesa dibatalkan – NGO Amal Sejagat

Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia menggesa lesen premis Privacy Tun Razak dibatalkan susulan kontroversi pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang turut didakwa memberi persepsi buruk ke atas nama ‘Tun Razak’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Cikgu Izzat Johari.
  • Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata Notis Penjelasan (dikeluarkan Privacy Tun) jelas menunjukkan pihak premis tidak akui kesilapan mereka yang mengundang persepsi buruk iaitu penampilan puak LGBT dalam majlis perasmian bar tersebut.
  • “NGO AMAL SEJAGAT gesa pihak polis menahan dan menyoal siasat serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pemilik premis kerana cubaan mencabar kredibiliti negara Malaysia yang mengangkat agama Islam sebagai agama Persekutuan kerana telah mengakui menjemput ‘Thai Hot Guy’ yang jelas di kalangan LGBT,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.
  • DBKL digesa menyita dan menutup premis terbabit kerana didakwa melanggar sensitiviti umat Islam dengan cubaan menganjurkan majlis yang bakal mengundang serta mencabar Perlembagaan Persekutuan.
  • Beliau juga mahu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyaman pihak permis atau syarikat terkait.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia menggesa lesen premis Privacy Tun Razak dibatalkan susulan kontroversi pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang turut didakwa memberi persepsi buruk ke atas nama ‘Tun Razak’.

Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata Notis Penjelasan (dikeluarkan Privacy Tun) jelas menunjukkan pihak premis tidak mengakui kesilapan mereka dengan menampilkan komuniti LGBT dalam majlis perasmian bar tersebut.

“NGO AMAL SEJAGAT menggesa pihak polis untuk menahan dan menyoal siasat serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pemilik premis kerana cubaan mencabar kredibiliti negara Malaysia yang mengangkat agama Islam sebagai agama Persekutuan kerana telah mengakui menjemput ‘Thai Hot Guy’ yang jelas di kalangan LGBT,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Foto: Tangkap layar Facebook Cikgu Izzat Johari.

Pihaknya turut menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita dan menutup premis terbabit kerana didakwa melanggar sensitiviti umat Islam dengan cubaan menganjurkan majlis yang bakal mengundang serta mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, beliau juga mahu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyaman premis atau syarikat terkait.

“Jika tiada tindakan tegas diambil, NGO AMAL SEJAGAT akan menganggap kenyataan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan yang tidak menyokong LGBT sebagai hipokrit.

“Juga telah membiarkan nama Allahyarham ‘Tun Razak’ seangkatan dengan nama Lorong Haji Taib yang dulu pernah dikenali sebagai lorong pelacuran Kuala Lumpur,” katanya.

Semalam, Privacy Tun Razak telah membatalkan acara pembukaannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan bagi menghormati sensitiviti kaum dan agama.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, kertas siasatan berhubung pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ tidak dibuka selepas penganjur akur dengan arahan untuk membatalkannya. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Cikgu Izzat Johari

Author