Connect with us

Terkini

Algeria, Malaysia perlu bekerjasama dalam sektor pendidikan – Duta

Algeria dan Malaysia perlu melaksanakan program berkembar dan membangunkan kerjasama antara universiti serta menjalankan projek penyelidikan secara bersama, kata Duta Algeria ke Malaysia Saad Maandi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Algeria, Malaysia perlu bekerjasama dalam sektor pendidikan – Duta
Foto: Duta Algeria, Saad Maandi.
  • Algeria dan Malaysia perlu melaksanakan program berkembar dan membangunkan kerjasama antara universiti serta menjalankan projek penyelidikan secara bersama.
  • Duta Algeria, Saad Maandi, berkata berhubung kerjasama antara Algeria dan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi, Memorandum Persefahaman (Mou) mengenai perkara itu telah ditandatangani di Kuala Lumpur pada Disember 2016.
  • “Kumpulan gerak kerja bersama yang dipengerusikan ketua setiausaha kementerian pengajian tinggi telah diwujudkan. Sesi terakhir berhubung mekanisme susulan itu telah diadakan pada 2018,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Algeria dan Malaysia perlu melaksanakan program berkembar dan membangunkan kerjasama antara universiti serta menjalankan projek penyelidikan secara bersama, kata Duta Algeria ke Malaysia Saad Maandi.

Maandi berkata berhubung kerjasama antara Algeria dan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi, Memorandum Persefahaman (Mou) mengenai perkara itu telah ditandatangani di Kuala Lumpur pada Disember 2016.

Perjanjian itu menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti pertukaran staf akademik, guru, jurulatih, pakar dan pelajar antara institusi pengajian tinggi kedua-dua negara, jelas beliau.

“Kumpulan gerak kerja bersama yang dipengerusikan ketua setiausaha kementerian pengajian tinggi telah diwujudkan. Sesi terakhir berhubung mekanisme susulan itu telah diadakan pada 2018,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.

Maandi berkata, kira-kira 600 pelajar Algeria kini sedang menuntut di universiti-universiti di Malaysia manakala 10 pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Algeria di bawah tajaan biasiswa kerajaan Algeria.

“Terdapat kemungkinan lebih banyak biasiswa akan diberikan untuk pelajar Malaysia belajar di Algeria tahun ini,” katanya.

Pada tahun lepas, dua kursus latihan dalam talian mengenai diplomasi ditawarkan kepada dua warga Algeria di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), katanya.

“Saya juga percaya pertukaran pelajar akan membolehkan kita lebih mengenali antara satu sama lain,” kata Maandi

Beliau menegaskan bahawa Algeria dan Malaysia telah membuat pelaburan besar dalam bidang pendidikan kerana kesedaran akan kepentingannya dan keupayaannya untuk membentuk masa depan.

Algeria mempunyai 100 universiti, selain 14 sekolah tinggi dengan pelbagai kepakaran, termasuk yang dibuka baru-baru ini membabitkan bidang matematik dan kecerdasan buatan.

Jumlah pelajar di universiti-universiti itu hari ini melebihi 1.7 juta orang, manakala lebih 2,000 biasiswa diberikan kepada pelajar asing setiap tahun. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *