Antarabangsa
Umat Islam Bangladesh protes, gesa buku teks sekolah papar transgender ditarik balik
Buku teks sekolah baharu yang menampilkan segmen transgender atau hijra untuk berjuta-berjuta murid sekolah Bangladesh berumur antara 11 tahun dan 13 tahun mengundang kemarahan umat Islam di negara itu.
- Buku teks untuk murid sekolah yang berumur antara 11 tahun dan 13 tahun mengundang kemarahan umat Islam Bangladesh.
- Sekumpulan umat Islam mengadakan protes di masjid utama Dhaka yang menggesa buku teks itu ditarik balik.
- Ahli Lembaga Kurikulum dan Buku Teks Kebangsaan Bangladesh, Muhammad Moshiuzzaman berkata segmen itu mendapat respon baik murid-murid.
- Perbuatan seks sesama jantina tetap diharamkan di Bangladesh walaupun jantina transgender diiktiraf pada 2013.
DHAKA – Buku teks sekolah baharu yang menampilkan segmen transgender atau hijra untuk berjuta-berjuta murid sekolah Bangladesh berumur antara 11 tahun dan 13 tahun mengundang kemarahan umat Islam di negara itu.
Buku teks itu tidak mendapat sambutan yang baik kerana ia memaparkan transgender yang bekerja dalam pelbagai sektor.
Kesannya, sekumpulan umat Islam mengadakan protes di masjid utama Dhaka yang menggesa buku teks itu ditarik balik.
Ahli Lembaga Kurikulum dan Buku Teks Kebangsaan, Muhammad Moshiuzzaman bagaimanapun berkata segmen itu mendapat respon baik daripada murid-murid.
“Ia merupakan pengetahuan baharu untuk mereka dan mereka menerimanya dengan baik,” katanya.
Pelajar Sekolah Tinggi Gomail di pinggir ibu kota Dhaka, Fatiah Alam, 12 menyifatkan golongan transgender sama seperti orang lain.
Kerajaan Bangladesh mengiktiraf hijra sebagai jantina ketiga pada 2013, namun aktiviti seksual sesama jantina tetap diharamkan.
Sumber: Reuters