Antarabangsa
SIS & NGO pro-LGBT antara penerima geran EU bernilai RM20.7 juta
Dana besar-besaran dengan peruntukan €79.5 bilion (RM366 bilion) untuk mempromosi ‘Global Europe’, iaitu agenda pelbagai hala Kesatuan Eropah (EU) di seluruh dunia, mengagihkan sekitar RM20 juta kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, lapor MalaysiaNow.

- Dana besar-besaran dengan peruntukan €79.5 bilion (RM366 bilion) untuk mempromosi ‘Global Europe’, iaitu agenda pelbagai hala Kesatuan Eropah (EU) di seluruh dunia, mengagihkan sekitar RM20 juta kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia.
- Sembilan entiti di Malaysia, termasuk beberapa NGO kurang dikenali dan terbabit dengan kempen “hak jantina dan seksual” didapati antara penerima dan dengan jumlah peruntukan €4.5 juta (RM20.7 juta).
- Penerima geran itu termasuk Sisters in Islam (SIS) bersama Kryss Network menerima peruntukan €761,442 (RM3.5 juta) meliputi tempoh tiga tahun.
- Menurut dokumen NDICI, dana diberikan kepada kedua-dua kumpulan itu bertujuan untuk mengukuhkan advokasi kesaksamaan jantina “dalam memperkecilkan ruang sivik dan persekitaran konservatif”.
Dana besar-besaran dengan peruntukan €79.5 bilion (RM366 bilion) untuk mempromosi ‘Global Europe’, iaitu agenda pelbagai hala Kesatuan Eropah (EU) di seluruh dunia, mengagihkan sekitar RM20 juta kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, lapor MalaysiaNow.
Dilancar dua tahun lalu, The Neighbourhood, Development and International Cooperation Instrument (NDICI), memberikan bantuan kewangan kepada organisasi sivil di luar Eropah dengan matlamat, antara lain, mempromosikan “hak asasi manusia dan demokrasi”.
Sembilan entiti di Malaysia, termasuk beberapa NGO kurang dikenali dan terbabit dengan kempen “hak jantina dan seksual” didapati antara penerima dengan jumlah peruntukan €4.5 juta (RM20.7 juta).
Penerima geran itu termasuk Sisters in Islam (SIS) bersama Kryss Network menerima peruntukan €761,442 (RM3.5 juta) meliputi tempoh tiga tahun.
SIS adalah badan hak asasi wanita Muslim, manakala Kryss Network menyifatkan pertubuhan mereka sebagai badan yang berkhidmat “untuk wanita, gadis dan individu tidak mengikut jantina”.
Menurut dokumen NDICI, dana diberikan kepada kedua-dua kumpulan itu bertujuan untuk mengukuhkan advokasi kesaksamaan jantina “dalam memperkecilkan ruang sivik dan persekitaran konservatif”.
Kira-kita €750,000 (RM3.45 juta) diperuntukkan kepada dua NGO lain iaitu Seed Foundation dan Asian-Pacific Resource & Research Centre for Women (ARROW) bagi aktiviti memperkuatkan kapasiti menuju pembangunan inklusif.
Seed Foundation merupakan komuniti pertama di Malaysia yang dipimpin golongan trans. Ia mula beroperasi secara rasmi pada 2014 untuk mengurus isu-isu berkaitan kelompok terpinggir seperti gelandangan, pesakit HIV dan transgender.
Sebanyak €3 juta (RM13.8 juta) pula diagihkan kepada tiga NGO iaitu Project Society and World Wide Fund for Nature (WWF Malaysia), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Perak State Parks Corp (PSPC) bagi aktiviti-aktiviti alam sekitar.
Kesemua geran bagi tempoh tiga hingga lima tahun itu diagihkan pada Disember 2022 untuk pelbagai aktiviti dan projek NGO berkenaan.
SUMBER: Malaysia Now

You must be logged in to post a comment Login