Connect with us

Terkini

Peranti al-Quran dari China mempunyai kesilapan, kelirukan pembaca

Kebanjiran peranti al-Quran secara digital yang dibawa masuk dari China ke negara ini berjaya membongkar isu kandungan kitab suci itu di mana mempunyai kesilapan daripada segi bacaan selain mengelirukan pembaca.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peranti al-Quran dari China mempunyai kesilapan, kelirukan pembaca
Gambar Nik Yusaimi (dua kiri) menunjukkan rampasan peranti al-Quran pada sidang akhbar bahan al-Quran elektronik tidak mendapat kelulusan di Putrajaya semalam.
  • Peranti elektronik tersebut dijual serendah RM29 sehingga RM350 itu juga didapati langsung tidak mempunyai perakuan Kementerian Dalam Negeri.
  • Setakat ini, kesemua produk itu disifatkan dijual pada harga murah kerana berasal dari China turut dipasarkan ke seluruh dunia. – Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN, Nik Yusaimi Yussof
  • “Kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 7 dan 14 (1) Akta Pencetakan Al-Quran (APTQ) 1986 kerana mengedar dan jual bahan penerbitan tanpa perakuan.

PUTRAJAYA – Kebanjiran peranti al-Quran secara digital yang dibawa masuk dari China ke negara ini berjaya membongkar isu kandungan kitab suci itu di mana mempunyai kesilapan daripada segi bacaan selain mengelirukan pembaca.

Lebih mengejutkan, peranti elektronik yang dijual murah serendah RM29 sehingga RM350 itu juga didapati langsung tidak mempunyai perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, setakat ini, kesemua produk itu disifatkan dijual pada harga murah kerana berasal dari China selain turut dipasarkan ke seluruh dunia.

“Kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 7 dan 14 (1) Akta Pencetakan Al-Quran (APTQ) 1986 kerana mengedar dan menjual bahan penerbitan tanpa perakuan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah, pelaku tersebut boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya,” katanya di sini tadi.

Mengulas lanjut, Nik Yusaimi berkata, semua peranti itu tiada kelulusan termasuk cop dan hologram dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPQ).

Sumber: Kosmo

Author