Connect with us

Terkini

Malaysia kecam serangan bom di Masjid Peshawar

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Police Lines, Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia kecam serangan bom di Masjid Peshawar
Foto: Masjid di Police Lines, Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.
  • Malaysia mengulangi pendirian menolak sebarang tindakan keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi.
  • “Kami bersolidariti bersama saudara dan saudari Pakistan dalam memerangi ancaman keganasan dan kami menyeru agar pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan,” – Wisma Putra.
  • Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad terus memantau secara teliti perkembangan terkini insiden itu di samping berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini.

PUTRAJAYA, 1 Feb (Bernama) — Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Police Lines, Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Pakistan.

Malaysia juga mengulangi pendirian menolak sebarang tindakan keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi.

“Kami bersolidariti bersama saudara dan saudari Pakistan dalam memerangi ancaman keganasan dan kami menyeru agar pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian, menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad terus memantau dengan teliti perkembangan terkini insiden itu di samping berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini.

Suruhanjaya tinggi turut menasihatkan rakyat Malaysia di Pakistan supaya sentiasa berwaspada, manakala orang ramai yang memerlukan sebarang bantuan, boleh menghubungi talian (+92 5120 2900) atau e-mel [email protected].

Angka kematian akibat insiden pengeboman itu meningkat kepada 100  nyawa susulan lebih banyak mayat ditemukan dalam runtuhan masjid pada Selasa.

Pengebom bunuh diri disyaki menyasarkan anggota polis wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Masjid berkenaan terletak di zon keselamatan tinggi, termasuk membabitkan pelbagai unit keselamatan seperti Polis Ibu Kota, Polis Simpanan Sempadan, Pasukan Polis Elit dan jabatan anti keganasan.

Sumber: Bernama

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *