Terkini
KKM perlu tumpu kempen cegah seks songsang, bukan beri PrEP – Mantan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
Kaedah “pencegahan HIV” melalui pemberian ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) tidak merawat akar umbi masalah, sebaliknya menggalakkan aktiviti seks bebas dalam kalangan anak muda.
- Presiden Malaysian Islamic Spiritual Care (MISC), Dato’ Dr Khalid Ibrahim berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepatutnya lebih menumpukan kepada kempen langkah-langkah pencegahan, yang bermula dengan penghindaran perbuatan seks itu sendiri atau abstinen.
- “Mesej-mesej kesihatan dan saranan kepada masyarakat awam untuk mengelakkan hubungan kelamin melalui dubur (seks anal) sepatutnya menjadi langkah utama pencegahan yang bertentangan dengan perkembangan manusia yang berlaku secara luar tabii.
- “Kita percaya fakta dan data di atas telah sampai ke pejabat-pejabat mufti Malaysia menyebabkan mereka menolak penggunaan PrEP tanpa alasan saintifik yang sepadu, malah bercanggah dengan prinsip syarak seperti diamalkan kaum Luth-Sodom yang berakhir dengan kehancuran mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
KUALA LUMPUR- Kaedah “pencegahan HIV” melalui pemberian ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) tidak merawat akar umbi masalah, sebaliknya menggalakkan aktiviti seks bebas dalam kalangan anak muda.
Presiden Malaysian Islamic Spiritual Care (MISC), Dato’ Dr Khalid Ibrahim yang juga mantan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepatutnya lebih menumpukan kepada kempen langkah-langkah pencegahan, yang bermula dengan penghindaran perbuatan seks itu sendiri atau abstinen.
Ini berikutan, katanya Human Right Fact Sheet 2021 melaporkan bahawa hubungan homoseksual 26 kali ganda lebih berisiko mendapat HIV dan laporan Malaysia turut mengesahkan satu dalam lima homoseksual berisiko dijangkiti HIV.
“Mesej-mesej kesihatan dan saranan kepada masyarakat awam untuk mengelakkan hubungan kelamin melalui dubur (seks anal) sepatutnya menjadi langkah utama pencegahan yang bertentangan dengan perkembangan manusia yang berlaku secara luar tabii.
“Kita percaya fakta dan data di atas telah sampai ke pejabat-pejabat mufti Malaysia menyebabkan mereka menolak penggunaan PrEP tanpa alasan saintifik yang sepadu, malah bercanggah dengan prinsip syarak seperti diamalkan kaum Luth-Sodom yang berakhir dengan kehancuran mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kata beliau, pencegahan penggunaan PrEP bertepatan semangat Maqasid Syariah yang menuntut jaminan keselamatan nyawa, akal dan keturunan manusia serasi dengan fitrah manusia sejagat.
Justeru, beliau menyokong sepenuhnya kenyataan pejabat Mufti Selangor berhubung larangan pemberian PrEP kepada individu negatif HIV dalam konteks mencegah penularan penyakit kepada pasangan yang melakukan hubungan homoseksual.
Menurutnya, kemaslahatan umum lebih besar dari sudut kesihatan fizikal, mental dan spiritual menjadi asas timbang tara pihak mufti serta ia selari dengan prinsip asas kesihatan iaitu menolak sebarang perlakuan berisiko tinggi yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
Jelasnya, prinsip tersebut bertepatan dengan kaedah fiqh, Dar’ul-Mafasid Muqaddamun ‘ala Jalbil Mashalih atau ‘Prevention is better than cure’ dalam amalan perubatan dunia.
The Merdeka Times sebelum ini, melaporkan Mufti Negeri Selangor dan Mufti Negeri Sabah menegaskan pemberian PrEP secara percuma kepada pengamal homoseksual yang masih berstatus negatif HIV untuk mencegah jangkitan penyakit itu adalah dilarang.
Disember lalu, Kementerian Kesihatan dilaporkan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.
Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan di antara pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times