Connect with us

Terkini

Belanjawan 2023 dilihat mampu ringkankan beban kewangan rakyat – Penganalisis

Inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 dilihat mampu meringankan beban kewangan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dalam berdepan ketidaktentuan global, demikian menurut penganalisis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2023 dilihat mampu ringkankan beban kewangan rakyat - Penganalisis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak dua mata peratusan kepada 15 peratus untuk pendapatan tahunan di bawah RM100,000 akan berikan peningkatan penggunaan jangka pendek kepada negara. – Penganalisis, AmInvestment Bank 
  • “Jangkaan pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan, perbelanjaan belanjawan 2023 telah dinaikkan kepada RM388 bilion, meningkat empat peratus berbanding RM372.3 bilion yang diumumkan sebelumnya dan peningkatan besar 20.5 peratus berbanding RM332 bilion pada 2022,” katanya.
  • Belanjawan 2023 yang dibentangkan buat kali kedua itu dilihat menepati jangkaan dan berteraskan pelbagai inisiatif sokongan sosial bagi mensejahterakan golongan miskin tegar. – Penganalisis RHB Research, Alexander Chia
  • “Tidak banyak usul timbulkan kontroversi dengan pasaran menghela nafas kelegaan susulan tiadanya cukai baharu yang dikenakan ke atas sektor swasta,” katannya.

KUALA LUMPUR: Inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 dilihat mampu meringankan beban kewangan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dalam berdepan ketidaktentuan global, demikian menurut penganalisis.

AmInvestment Bank dalam nota penyelidikannya berkata, belanjawan yang dibentangkan Jumaat lalu itu antara lain memberi penekanan untuk menyediakan lebih banyak tunai kepada segmen berpendapatan rendah selain elaun pendidikan.

Malah, Kerajaan Perpaduan juga katanya akan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu sebanyak dua mata peratusan pendapatan tahunan antara RM35,000 hingga RM100,000 sambil meningkatkan sebanyak 0.5 peratus hingga dua peratus bagi banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta.

“Pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak dua mata peratusan kepada 15 peratus untuk pendapatan tahunan di bawah RM100,000 akan memberikan peningkatan penggunaan jangka pendek kepada negara.

“Secara amnya, pengurangan cukai akan memanfaatkan M40,” katanya.

AmInvestment Bank berkata, dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan, perbelanjaan belanjawan 2023 telah dinaikkan kepada RM388 bilion, meningkat empat peratus berbanding RM372.3 bilion yang diumumkan sebelumnya dan peningkatan besar 20.5 peratus berbanding RM332 bilion pada 2022.

Ia berkata, walaupun perbelanjaan pembangunan adalah lebih tinggi sebanyak RM97 bilion, pihaknya agak berhati-hati memandangkan ia biasanya adalah untuk projek infrastruktur asas, yang akan memanfaatkan kontraktor lebih kecil, kebanyakannya bukan syarikat senaraian awam.

Sementara itu, Penganalisis RHB Research, Alexander Chia, berkata Belanjawan 2023 yang dibentangkan buat kali kedua itu dilihat menepati jangkaan dan berteraskan pelbagai inisiatif sokongan sosial bagi mensejahterakan golongan miskin tegar.

Beliau berkata, tidak banyak usul yang menimbulkan kontroversi dengan pasaran menghela nafas kelegaan susulan tiadanya cukai baharu yang dikenakan ke atas sektor swasta.

Katanya, agensi penarafan juga tidak lagi gusar apabila defisit fiskal direndahkan kepada

lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Sektor pengguna menjadi penerima manfaat daripada belanjawan kali ini, sementara risiko kawal selia yang semakin reda memberi kesan baik untuk keseluruhan pasaran ekuiti,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *