Connect with us

Antarabangsa

Bangladesh adakan protes bantahan kekejaman China ke atas etnik Uyghur

Beberapa wilayah di Bangladesh melakukan protes terhadap kekejaman China ke atas etnik Uyghur sempena sambutan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Ghulja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bangladesh adakan protes bantahan kekejaman China ke atas etnik Uyghur
Foto: Protes di Bangladesh terhadap kekejaman China ke atas etnik Uyghur sempena sambutan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Ghulja.
  • Beberapa wilayah di Bangladesh melakukan protes terhadap kekejaman China ke atas etnik Uyghur sempena peringatan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Ghulja.
  • Menandakan genap 26 tahun sejak tragedi pembunuhan Ghulja yang berlaku pada 1997 apabila pihak berkuasa China dikatakan membunuh dan menahan ratusan warga Uyghur dalam satu demonstrasi aman di Ghulja.
  • Sanchetan Nagarik Samaj menganjurkan protes demonstrasi di Gazipur.
  • Bangladesh Sampriti Saangsad (BSS) Welfare Association mengadakan perhimpunan berbasikal.
  • Islamic Progotoshil Janata Front pula melakukan satu sidang media yang dihadiri kira-kira 150 orang peserta.
  • Protes lain dianjurkan berdekatan Universiti Dhaka oleh Bangladesh Mohajir Welfare and Development Committee (BMWDC).
  • Khulna Metropolitan Students Union (KMSU) melakukan bantahan di Royal Intersection, manakala Bangladesh Social Activist Forum (BSAF) mengadakan satu lagi protes di Shaheb Bazar, Zero point, Rajshahi.

Dhaka: Beberapa wilayah di Bangladesh melakukan protes terhadap kekejaman China ke atas etnik Uyghur sempena sambutan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Ghulja.

Ini merupakan hari penting yang menandakan genap 26 tahun sejak tragedi pembunuhan Ghulja yang berlaku pada 1997 apabila pihak berkuasa China dikatakan membunuh dan menahan ratusan etnik Uyghur dalam satu demonstrasi aman di Ghulja, di mana mereka menuntut kebebasan beragama dan budaya serta hak sama rata.

Sebuah komuniti Uyghur yang dikenali sebagai Sanchetan Nagarik Samaj menganjurkan satu protes demonstrasi di Gazipur, Bangladesh untuk menentang kekejaman China dan pembunuhan beramai-ramai etnik Uyghur yang masih berlaku.

Di Dhaka, Bangladesh Sampriti Saangsad (BSS) Welfare Association mengadakan perhimpunan berbasikal yang bermula dari Plaza Polis Nikunj melalui Gulshan dan United Hospital dan kembali ke Plaza Polis.

Islamic Progotoshil Janata Front pula melakukan satu sidang media yang dihadiri kira-kira 150 orang peserta, termasuk ketua Bangladesh Khelafat Andolon, Ameer Maulana Abu Zafar Kashemi dan ketua Jamiayet Ulameye Islam Bangladesh, Maulana Shahidul Islam Ansari.

Protes lain dianjurkan berdekatan Universiti Dhaka oleh Bangladesh Mohajir Welfare and Development Committee (BMWDC), di mana peserta membawa poster berkenaan pembunuhan Ghulja, mengedarkan risalah kepada pelajar Universiti Dhaka dan menghantar memorandum kepada Kedutaan China.

Khulna Metropolitan Students Union (KMSU) melakukan bantahan di Royal Intersection, manakala Bangladesh Social Activist Forum (BSAF) mengadakan satu lagi protes di Shaheb Bazar, Zero point, Rajshahi terhadap layanan tidak berperikemanusiaan China terhadap etnik Uyghur dan warga minoriti.

Sumber: India Blooms

Author