Connect with us

Terkini

Bajet 2023: Nelayan harap elaun naik & diberi subsidi peralatan

Seramai lebih 6,000 nelayan di Pulau Pinang berharap agar kerajaan memberi penekanan terhadap beberapa isu utama yang dihadapi mereka terutamanya cadangan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) dalam Belanjawan 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023: Nelayan harap elaun naik & diberi subsidi peralatan
Foto: Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara), Ibrahim Che Rose (kanan).
  • Lebih 6,000 nelayan di Pulau Pinang berharap kerajaan beri penekanan terhadap beberapa isu utama dihadapi mereka terutamanya cadangan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) dalam Belanjawan 2023.
  • Mereka berharap elaun sara hidup nelayan dinaikkan daripada RM300 ke RM500 selain kekalkan subsidi minyak petrol kepada nelayan berdaftar.
  • Nelayan diberi subsidi pembelian peralatan lain antaranya pukat, enjin bot serta peralatan menangkap ikan.
  • Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara), Ibrahim Che Rose berharap peruntukan untuk prasarana pada pengkalan nelayan di 37 unit nelayan di Pulau Pinang diperhalusi.

GEORGETOWN – Seramai lebih 6,000 nelayan di Pulau Pinang berharap agar kerajaan memberi penekanan terhadap beberapa isu utama yang dihadapi mereka terutamanya cadangan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) dalam Belanjawan 2023.

Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara), Ibrahim Che Rose berkata, walaupun pihaknya kini memfokuskan isu PSI, namun ada beberapa lagi isu penting yang diharapkan dimasukkan ke dalam belanjawan yang akan dibentangkan pada Jumaat.

Kata Ibrahim, antara harapan nelayan di Pulau Pinang adalah elaun sara hidup nelayan dinaikkan daripada RM300 ke RM500 selain mengekalkan subsidi minyak petrol kepada nelayan berdaftar.

“Isu PSI sentiasa menjadi keutamaan kerana kami masih dengan pendirian seperti sebelum ini, iaitu membantah agar ia dilaksanakan kerana memberi kesan buruk kepada ekosistem hidupan laut serta alam sekitar. Bagaimanapun, ada lagi beberapa isu penting lain yang semua nelayan di negeri ini berharap kerajaan memberi penekanan.

“Isu elaun sara hidup, dengan keadaan ekonomi sekarang dan harga barang tinggi, kami berharap agar elaun dinaikkan sebanyak RM200. Selain itu, kami juga berharap agar subsidi minyak petrol dikekalkan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ibrahim berkata, selain minyak petrol, Pen Mutiara juga berharap agar nelayan diberikan subsidi dalam pembelian peralatan lain antaranya pukat, enjin bot serta peralatan menangkap ikan.

“Kalau boleh, kami nak dibuat seperti Pertubuhan Peladang, apa sahaja peralatan yang hendak dibeli, ada subsidi. Semua naik harga sekarang, enjin 150CC pun berharga RM60,000. Pukat, sekeping antara RM40 hingga RM65, itu belum lengkap. Jika lengkap, sekeping berharga RM300.

“Semua peralatan ini kami beli sendiri secara tunai tanpa ada subsidi. Oleh itu, kami berharap agar Kerajaan Perpaduan yang baru ini mengambil maklum tentang isu ini,” katanya.

Selain itu, Ibrahim juga berharap agar peruntukan yang diberikan untuk prasarana pada pengkalan nelayan di 37 unit nelayan di Pulau Pinang diperhalusi.

“Sebelum ini ada peruntukkan tetapi tidak mencukupi. Ia menyebabkan beberapa prasarana di pengkalan nelayan tidak dapat disiapkan contohnya di Unit Nelayan Teluk Tempoyak, sudah enam tahun jeti di situ tidak dapat disiapkan kerana peruntukkan tak cukup.

“Selain itu, fasiliti lain antaranya kebocoran pada dewan nelayan dan tempat tarik sampan (slip way) juga tidak sempurna. Jadi, kita berharap agar kerajaan memberi penelitian kepada peruntukkan terhadap pengkalan nelayan di sini,” katanya.

Tambah beliau, Pen Mutiara juga berharap agar pengurusan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di seluruh negara diserahkan terus kepada persatuan nelayan.

“Ketika ini, semua urus tadbir Kompleks LKIM dibuat oleh persatuan nelayan. Kami dengar ura-ura kontrak untuk mengurus tadbir kompleks oleh persatuan nelayan tidak akan disambung.

“Oleh demikian, kami berharap agar urus tadbir Kompleks LKIM di seluruh negara diserahkan kepada persatuan nelayan untuk selama-lamanya kerana ia juga salah satu sumber pendapatan nelayan,” katanya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Pembentangan itu dikatakan bakal mencuri perhatian rakyat kerana selepas 26 tahun, Anwar kembali untuk mengemukakan pelan nasional yang dijangka merangkumi peruntukan bagi bidang digitalisasi, sekuriti makanan dan industri kecil sederhana.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber – Cisco

Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.
  • Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • “Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.
  • “Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Kos terpaksa ditanggung akibat ketidaksediaan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan 73 peratus responden mengatakan mereka mengalami insiden berkaitan dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus mengatakan terpaksa menanggung kos sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

“Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.

“Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

Cisco berkata syarikat mesti memacu pelaburan lebih berkesan dalam sekuriti, termasuk menggunapakai langkah sekuriti berinovatif dan pendekatan platform sesuai bagi menangani cabaran dalam landskap masa kini,

Pengurusan syarikat juga digalakkan mengukuhkan kemampanan rangkaian menggunakan penjanaan teknologi pembuatan dan meningkatkan pengambilan pekerja bagi merapatkan jurang dalam kemahiran keselamatan siber.

“Landskap cabaran hari ini lebih rumit berbanding dahulu dan organisasi global, termasuk mereka di Malaysia masih lambat untuk meningkatkan kemampanan siber mereka.

“Syarikat perlu menggunakan pendekatan platform yang akan memberikan paparan tunggal yang mudah, selamat serta menyeluruh ke dalam infrastruktur mereka demi mengukuhkan postur keselamatan mereka dan memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya,” kata Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Hana Raja. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending