Connect with us

Terkini

Apa objektif media bahasa Cina ‘double standard’ dalam isu Melayu, Muslim? – Firdaus Wong

Pendakwah bebas, Firdaus Wong mempersoalkan objektif media berbahasa Cina yang bersifat ‘double standard’ apabila memuat naik berita yang dikaitkan dengan permasalahan masyarakat Melayu dan orang Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Apa objektif media bahasa Cina ‘double standard’ dalam isu Melayu, Muslim? - Firdaus Wong
Foto: Firdaus Wong.
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong mempersoalkan objektif media berbahasa Cina yang bersifat ‘double standard’.
  • Katanya, apabila isu membabitkan bekas pemain badminton yang menghina Melayu dan Islam, gambarnya dikaburkan. 
  • Beliau menegaskan akan terus mendedahkan sikap ‘double standard’ media-media berkenaan. 

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong mempersoalkan objektif media berbahasa Cina yang bersifat ‘double standard’ apabila memuat naik berita yang dikaitkan dengan permasalahan masyarakat Melayu dan orang Islam.

“Apa objektif media berbahasa Cina melakukan begini?,” soalnya dalam satu hantaran Facebook di sini hari ini.

Menurutnya, apabila isu membabitkan orang Islam, masyarakat Muslim atau Melayu, gambar individu tersebut akan ditunjukkan tanpa dikaburkan.

“Apabila dalam isu bekas pemain badminton yang menghina Melayu dan Islam, gambarnya dikaburkan. 

“Nampak antara dua ‘standard’?,” soalnya.

Kongsinya, apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencadangkan kepada China Badminton Association (CBA) untuk mengambil tindakan terhadap Bong Guang Yik, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan ucapan rasis Guang Yik.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna media sosial yang bersetuju dan menjustifikasi kata-kata bekas pemain badminton negara itu.

“Saya berani berkata kerana saya ada fakta dan rujukan. Mereka menafikan apa yang saya cakap tetapi sebagaimana peribahasa Cina, 纸包不住火 (Kertas tidak boleh membalut api)

“Untuk makluman semua, kami di Multiracial Reverted Muslims – MRM mempunyai unit khas pemantauan media berbahasa Cina dan Tamil,” katanya.

Firdaus menegaskan beliau akan terus mendedahkan sikap ‘double standard’ media-media berkenaan. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Firdaus Wong

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *