Terkini
Anak muda pelajaran tinggi & gaji stabil undi PH, pendapatan rendah undi PN – Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pengundi mudanya terdiri dari kalangan mereka berpelajaran tinggi dan berpendapatan stabil.

Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pengundi mudanya terdiri dari kalangan mereka berpelajaran tinggi dan berpendapatan stabil.
Manakala pengundi muda Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada mereka berpendapatan rendah, tidak stabil dan ‘naik motor sana sini’.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersandarkan data kajian pihaknya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan Kedah 2023 di Sungai Petani minggu lalu.
“Peratus pengundi muda dan median (purata) pendapatan, kita dapati bahawa semakin tinggi pelajaran, semakin stabil pendapatan dia, mereka undi kita (Pakatan Harapan).
“Mana yang pelajaran tak berapa tinggi, pendapatan tak berapa tetap, yang tu yang naik motor sana sini, dia bagi dekat Perikatan (Perikatan Nasional). Data menunjukkan begitu,” katanya.
View this post on Instagram
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menyimpulkan perkara itu berdasarkan analisis keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di 222 kawasan Parlimen.
Analisis itu dibuat pasukannya menerusi data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Perangkaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
“Ada beberapa trend lah yang kita kesan, itu adalah makin tinggi pendapatan rakyat, makin padat satu-satu kawasan iaitu perbandaran, kebanyakannya corak mengundi itu kepada kita (PH),” katanya.
Selain itu, Saifuddin berkata kajian turut menunjukkan penduduk di kawasan yang paling terkesan akibat pandemik Covid-19 adalah yang paling kuat menyokong PN.
“Ada satu lagi yang kami buat iaitu masa Covid dulu kita tengok. Kawasan yang paling terkesan. Kita buat ujian stress. Paling terkesan. Kawasan yang paling terkesan tinggi stressnya kawasan itu paling kuat Perikatan Nasional.
Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu pada PRU15 yang lalu, apabila kerusi itu dirampas calon Perikatan Nasional (PN), Roslan Hashim.
Bagaimanapun, wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilantik Senator untuk diberikan jawatan Menteri Dalam Negeri kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
