Antarabangsa
Ahli House of Lords UK didakwa terlibat kumpulan anti-Islam
Siasatan dijalankan kumpulan advokasi berpangkalan di United Kingdom (UK) mendakwa beberapa ahli House of Lords bekerjasama dengan aktivis Islamofobia sayap kanan, lapor Arab News.

- Siasatan dijalankan kumpulan advokasi di UK mendakwa beberapa ahli House of Lords bekerjasama dengan aktivis Islamofobia sayap kanan.
- Kumpulan itu, Hope not Hate memperoleh dokumen rahsia yang mendakwa penglibatan ahli perniagaan British dan bekas pemimpin Parti Kemerdekaan UK, Malcom Pearson dan Baroness Caroline Cox dengan aktivis sayap kanan.
- NIG yang melibatkan Pearson dan Cox didakwa bekerjasama dengan aktivis sayap kanan, beroperasi di luar Dewan House of Lords selama lebih sedekad.
LONDON – Siasatan dijalankan kumpulan advokasi berpangkalan di United Kingdom (UK) mendakwa beberapa ahli House of Lords bekerjasama dengan aktivis Islamofobia sayap kanan, lapor Arab News.Ahli House of Lords UK didakwa terlibat kumpulan anti-Islam
Kumpulan anti-fasis Hope not Hate, memperoleh dokumen rahsia yang mendakwa penglibatan ahli perniagaan British dan bekas pemimpin Parti Kemerdekaan UK, Malcom Pearson dan Baroness Caroline Cox dengan aktivis sayap kanan.
Menyifatkan dokumen sulit itu sebagai “agak menakutkan”, pengarah penyelidikan kumpulan itu, Joe Mulhall berkata: “Penyiasatan kami mendapati ahli House of Lords bekerjasama dengan kumpulan sayap kanan yang anti-Islam.”
The Guardian melaporkan pada Ahad bahawa menurut dokumen itu, satu organisasi sulit iaitu New Issues Group (NIG) yang melibatkan Pearson dan Cox, didakwa bekerjasama dengan aktivis sayap kanan, beroperasi di luar House of Lords selama lebih sedekad.
Walaupun mengakui kewujudan kumpulan itu, Cox bagaimanapun menafikan bahawa NIG adalah anti-Islam.
“Ia adalah perjumpaan golongan yang menyokong rang undang-undang saya,” kata Cox merujuk kepada rang undang-undang persendirian yang pertama kali dikenalkan pada 2011. Rang undang-undangnya bertujuan melindungi wanita Islam di Britain daripada undang-undang syariah.
“Saya mendapat sokongan padu daripada wanita Muslim,” katanya.
Menegakkan bahawa adalah salah untuk melabelkan kumpulan itu sebagai anti-Muslim, Person berkata “tujuan utama NIG adalah untuk menyokong rang undang-undang Cox.”
Dalam pada itu, dokumen sulit itu turut menyatakan NIG cuba untuk menpengaruhi Parlimen UK dengan menulis soalan untuk ditanya di House of Lords.
Menjelaskan mengapa butiran kewujudan NIG tidak diketahui hingga kini dan mengapa ia tidak mempunyai jejak digital, Mulhall berkata, ahli kumpulan itu sentiasa diingatkan kerahsiaan sepenuhnya.
Kumpulan itu didedahkan selepas Pearson e-mel kepada 235 orang dan tanpa sengaja menghantarnya supaya semua orang dapat melihat keseluruhan senarai.
Pearson berkata dalam e-melnya, Islam adalah subjek yang luas dan jika mereka membincangkannya secara terbuka, mereka akan dituduh Islamofobia.
Sumber: Arab News
