Connect with us

Terkini

Tiga rukun politik orang Cina – Ridhuan Tee

Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan penyebab kepada babi ‘halal’ harga dan penternakan babi secara besar-besaran serta pendidikan vernakular yang tidak boleh diusik adalah kerana tiga rukun politik orang Cina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiga rukun politik orang Cina - Ridhuan Tee
Foto: Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah.
  • Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan penyebab kepada babi ‘halal’ harga dan penternakan babi secara besar-besaran serta pendidikan vernakular yang tidak boleh diusik.
  • Tiga rukun politik orang Cina yang satukan mereka sehingga jadi kuat yang pertama mereka menjaga pendidikan kaum mereka.
  • Kedua menjaga NGO atau parti politik dengan saling sokong menyokong agar terus kuat mendesak Kerajaan dan ketiga menjaga media.
  • “Tambah satu lagi, dengan adanya tiga rukun, kepentingan ekonomi mereka terjamin melalui NGO yang ditubuhkan.”
  • “Berpegang kepada tiga rukun yang ‘smart’, berstrategi dan menguntungkan bangsa mereka ini, perpaduan mereka begitu mantap terjalin dan mereka menjadi secina-cinanya”. – Ridhuan Tee.

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 – Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan penyebab kepada babi ‘halal’ harga dan penternakan babi secara besar-besaran serta pendidikan vernakular yang tidak boleh diusik adalah kerana tiga rukun politik orang Cina.

Menjelaskan lebih terperinci, beliau berkata tiga rukun politik orang Cina yang menyatukan mereka sehingga menjadi begitu kuat adalah yang pertama, mereka menjaga pendidikan kaum mereka.

Contohnya, proses pencinaan institusi pendidikan puak ini begitu berjaya kerana berpegang kepada rukun pertama ini di mana, “Pendidikan vernakular mereka langsung tidak boleh diusik, meskipun begitu ramai murid mereka yang tidak menguasai agenda hidup bernegara, seperti penguasaan bahasa Kebangsaan. Tidak cukup dengan pembiayaan sepenuh Kerajaan terhadap sekolah vernakular, mereka mahukan Kerajaan bantu juga sekolah persendirian dan universiti bersendirian mereka berasaskan Cina.”

Seterusnya, rukun politik orang Cina yang kedua pula adalah mereka menjaga NGO atau parti politik dengan saling sokong menyokong agar terus kuat mendesak Kerajaan.

Ini dapat dilihat apabila naik sahaja harga babi, mereka terus menekan Kerajaan sampai membawa perkara ini ke Kabinet, selain NGO Cina adalah yang paling banyak di Malaysia iaitu hampir 10 ribu buah di negara ini walaupun bilangan penduduknya tidak seramai Melayu Bumiputera, sedangkan NGO Melayu tidak ada sebanyak itu walaupun Melayu adalah kaum majoriti.

“Tidak mengapalah, Malaysia kan negara demokrasi?”

Rukun yang ketiga dan terakhir pula adalah mereka menjaga media mereka. Media cetak dan media sosial mereka begitu aktif bergerak dan menyebarkan berita. Saban hari mereka bersosialisasi dengan semua media ini, sehingga langsung tidak membaca atau menonton media dalam arus kebangsaan.

“Tambah satu lagi, dengan adanya tiga rukun, kepentingan ekonomi mereka terjamin melalui NGO yang ditubuhkan.”

Dalam kata lain, berpegang kepada tiga rukun yang ‘smart’, berstrategi dan menguntungkan bangsa mereka ini, perpaduan mereka begitu mantap terjalin dan mereka menjadi secina-cinanya.

Justeru, Profesor Dr Ridhuan Tee mempersoalkan, “Kita bagaimana? Semua aspek bergaduh, sesama parti bergaduh, sesama NGO bergaduh. Buat apa sahaja, semuanya bergaduh. Sampai bila kita harus begini?”

“Tidak habis-habis berpolitik. Dua puluh jam empat berpolitik,” tegur beliau yang juga menasihatkan supaya ahli politik sepatutnya berpada-pada dalam berpolitik.

Ini tidak politiknya mengalahkan orang kafir. Jika berpolitik itu menguntungkan tidak apa. Ini tidak, merugikan ada. Malah semakin rugi, rugi dan rugi. Siapa yang untung kalau bukan ultra kiasu.”

Sumber: Samudera

 

 

Author