Terkini
Tiga faktor kekurangan guru masih belum selesai – Pensyarah UKM
Sejak berdekad, negara berdepan dengan masalah kekurangan guru yang sehingga hari ini masih belum dapat diselesaikan.
- “Terlalu banyak mata pelajaran. Bilangan guru sebenarnya cukup untuk murid, tapi ia tidak cukup untuk rangkumi segala mata pelajaran dimuatkan dalam silibus pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah – lebih banyak dibandingkan dengan negara-negara maju dunia,” kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad
- Ramai guru bersara awal. Dek tugas mengajar yang dibebankan lagi dengan kerja-kerja dokumentasi, ramai mengambil keputusan untuk bersara sebelum sampai usianya.
- Sebahagian guru diserap masuk dalam pentadbiran. Ada guru yang berhenti mengajar apabila dilantik jadi pentadbir dan pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun Kementerian Pendidikan (KPM).
- “Sekiranya ketiga-tiga perkara dikenal pasti ini tidak ditangani dari akar permasalahannya, sistem pendidikan Malaysia terus terganggu dan akhirnya beri kesan pada kualiti generasi penggerak masa depan negara dihasilkan,” katanya
KUALA LUMPUR: Sejak berdekad, negara berdepan dengan masalah kekurangan guru yang sehingga hari ini masih belum dapat diselesaikan.
Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad, ketika ini negara mempunyai kira-kira 430,000 orang guru yang memberi perkhidmatan pendidikan kepada hampir 4.9 juta murid.
“Sebenarnya, kita adalah antara negara terbaik, malah berbanding negara-negara maju, dalam angka ini. Kalau ikut nisbah, seorang guru untuk 12 orang murid.
“Untuk dibandingkan, Australia nisbahnya 1:18, Singapura 1:14, United Kingdom pula 1:18 dan Amerika Syarikat 1:21. Kita cuma 1:12,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Namun, soal beliau, mengapa negara masih berdepan masalah kekurangan guru dan saban tahun isunya makin membimbangkan?
Beliau yang merupakan pensyarah di Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM menerangkan, ini sebabnya:
- Kita punyai terlalu banyak mata pelajaran. Walaupun bilangan guru sebenarnya cukup untuk murid, tetapi ia tidak cukup untuk merangkumi segala mata pelajaran yang dimuatkan dalam silibus pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah – lebih banyak dibandingkan dengan negara-negara maju dunia.
- Ramai guru bersara awal. Dek tugas mengajar yang dibebankan lagi dengan kerja-kerja dokumentasi, ramai mengambil keputusan untuk bersara sebelum sampai usianya. Kata Anuar, bilangan guru yang bersara awal juga semakin meningkat melebihi 10,000 orang, lebih kurang sama banyak dengan guru yang bersara wajib. Ini bermakna hampir 20,000 orang guru bersara setiap tahun.
- Sebahagian guru diserap masuk dalam pentadbiran. Ada guru yang berhenti mengajar apabila dilantik menjadi pentadbir dan pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun Kementerian Pendidikan (KPM).
Anuar berkata, sekiranya ketiga-tiga perkara yang dikenal pasti ini tidak ditangani dari akar permasalahannya, sistem pendidikan Malaysia akan terus terganggu dan akhirnya memberi kesan kepada kualiti generasi penggerak masa depan negara yang dihasilkan.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord