Connect with us

Antarabangsa

Tidak sokong LGBT, lebih 1,800 gereja tinggalkan United Methodist

Hampir empat tahun lalu, United Methodist Church meluluskan rancangan untuk gereja-gereja yang ingin melepaskan diri daripada denominasi..

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tidak sokong LGBT, lebih 1,800 gereja tinggalkan United Methodist
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hampir empat tahun lalu, United Methodist Church meluluskan rancangan keluar untuk gereja-gereja yang ingin melepaskan diri daripada denominasi (kumpulan agama/mahzab) global kerana perbezaan kepercayaan tentang seksualiti, mencetuskan apa yang dipercayai ramai sebagai perpecahan zaman moden.
  • Analisis data Majlis Umum mengenai Kewangan dan Pentadbiran gereja itu menunjukkan 6.1 peratus gereja United Methodist di AS — 1,831 jemaah daripada 30,000 jemaah di seluruh negara — telah diberikan kebenaran untuk memutuskan hubungan sejak 2019. 
  • Pemergian lebih 1,831 gereja didorong kenyataan uskup United Methodist yang berkata mereka perangi maklumat salah kumpulan konservatif yang menggalakkan gereja meninggalkan denominasi untuk Gereja Methodist Global yang baru ditubuh dan mengisytiharkan ia tidak akan memberkati atau mengahwinkan orang LGBTQ.

Hampir empat tahun lalu, United Methodist Church meluluskan rancangan untuk gereja-gereja yang ingin melepaskan diri daripada denominasi (kumpulan agama/mahzab) global kerana perbezaan kepercayaan tentang seksualiti, mencetuskan apa yang dipercayai sebagai perpecahan zaman moden.

Analisis data Majlis Umum mengenai Kewangan dan Pentadbiran gereja itu menunjukkan 6.1 peratus gereja United Methodist di AS — 1,831 jemaah daripada 30,000 jemaah di seluruh negara — telah diberikan kebenaran untuk memutuskan hubungan sejak 2019. 

Tiada angka anggaran untuk pelepasan antarabangsa dalam kalangan anggaran 12,000 gereja United Methodist di luar negara.

Pelan penyahkaitan denominasi memberi gereja sehingga 31 Disember lalu untuk memutuskan hubungan dan ramai menyatakan hasrat untuk pergi. 

Gereja-gereja itu boleh membawa harta mereka bersama selepas membayar pembahagian dan liabiliti pencen, manakala sebahagiannya terpaksa menangani isu itu menerusi mahkamah sivil.

Pemergian lebih 1,831 gereja didorong kenyataan uskup United Methodist yang berkata mereka memerangi maklumat salah kumpulan konservatif yang menggalakkan gereja meninggalkan denominasi untuk Gereja Methodist Global yang baru ditubuhkan dan mengisytiharkan ia tidak akan memberkati atau mengahwinkan orang LGBTQ – kenyataan itu menjadi titik tolak konflik.

Konflik United Methodist hanyalah pergolakan terbaharu mengenai seksualiti bagi denominasi Protestan di Amerika Syarikat.

Beratus-ratus gereja meninggalkan Gereja Episcopal selepas ia memilih uskup gay pertamanya pada 2003.

Mereka membentuk Gereja Anglikan di Amerika Utara yang kini mempunyai hampir 1,000 gereja. 

Begitu juga perubahan yang membenarkan perkahwinan sejenis dalam perlembagaan Presbyterian Church USA menyebabkan banyak jemaah berpisah.

Sumber : Christianity Today

 

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *