Connect with us

Terkini

Subjek Sains pelajar tahun dua Finland seperti bahan pembelajaran tadika di Malaysia

Bahan pembelajaran subjek Sains pelajar tahun dua di Finland terlihat seolah-olah sama dengan bahan pembelajaran murid tadika di Malaysia iaitu sekadar menyalin jawapan dan mengisi tempat kosong.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Subjek Sains pelajar tahun dua Finland seperti bahan pembelajaran tadika di Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pendedahan itu dibuat pengguna Facebook, Othman Talib di mana beliau turut berkongsikan contoh soalan dari buku Matematik tahun 2 di negara itu yang mudah difahami dan disediakan dengan asas sebagaimana sepatutnya.
  • “Kita maafkanlah Finland anakku, jika bahan ini kelihatan seperti bahan ketika anakku di TADIKA, dengan salin dan isi tempat kosong.
  • “Tulisan anak sahabat aku ini pun masih senget-senget lagi… maafkanlah dia juga.. Maafkan Finland kerana mereka tidak memahami betapa beratnya bahu anakku memikul beg dan subjek Sains di Malaysia, berat mata memandang berat lagi bahu memikul beg setiap hari,” katanya dalam hantaran di Facebook.
  • Malaysia sejak beberapa tahun lalu dihadapkan dengan rungutan dan aduan guru dab ibu bapa terkait silibus murid sekolah rendah yang disifatkan terlalu tinggi dan membebankan murid.

KUALA LUMPUR – Bahan pembelajaran subjek Sains pelajar tahun dua di Finland terlihat seolah-olah sama dengan bahan pembelajaran murid tadika di Malaysia iaitu sekadar menyalin jawapan dan mengisi tempat kosong.

Pendedahan itu dibuat pengguna Facebook, Othman Talib di mana beliau turut berkongsikan contoh soalan dari buku Matematik tahun dua di negara itu yang mudah difahami.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Othman Talib.

“Terima kasih sahabat aku di Finland yang share bahan subjek Sains anaknya Year 2 sebentar tadi (aliran BI).

“Kita maafkanlah Finland anakku, jika bahan ini kelihatan seperti bahan ketika anakku di TADIKA, dengan salin dan isi tempat kosong.

“Tulisan anak sahabat aku ini pun masih senget-senget lagi… maafkanlah dia juga.. Maafkan Finland kerana mereka tidak memahami betapa beratnya bahu anakku memikul beg dan subjek Sains di Malaysia, berat mata memandang berat lagi bahu memikul beg setiap hari,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau yang turut dikenali sebagai Dr OT berkongsi kedudukan Finland dalam kecelikkan Sains bagi Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) adalah di tangga ke-5 berbanding Malaysia di tangga ke-29.

Ironinya, di Malaysia sejak beberapa tahun lalu kita dihadapkan dengan rungutan dan aduan guru serta ibu bapa terkait silibus murid sekolah rendah yang disifatkan terlalu tinggi dan membebankan murid.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen mendapati rata-rata ibu bapa mengharapkan Malaysia juga menyediakan silibus berbentuk demikian kerana menurut mereka dengan cara itu, pasti murid-murid lebih seronok dan senang hati untuk belajar.

Antara tangkapan layar komen netizen di Facebook:

Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook.

Terbaharu, pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi mendedahkan ada guru berkongsi soalan Sains Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) tahun lima yang tidak masuk akal, berbelit-belit dan aras tinggi.

Situasi itu, katanya, dikhuatiri akan membunuh minat belajar mereka yang diibaratkan ‘jenayah pembunuhan’ dilakukan orang dewasa ke atas kanak-kanak. – The Merdeka Times.

Sumber : Facebook Othman Talib

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *