Antarabangsa
Program penjagaan ‘lelaki bersalin’ bakal diwujudkan di England?
Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS) mengemukakan kontrak £100,000 (RM531,710) untuk mewujudkan program latihan penjagaan bersalin kepada ‘lelaki yang beranak’, demikian lapor Reduxx.

- Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS) mengemukakan kontrak £100,000 (RM531,710) untuk mewujudkan program latihan penjagaan bersalin kepada ‘lelaki yang beranak’.
- Program itu akan dilancarkan kepada bidan di jabatan bersalin seluruh 40 badan pemegang amanah NHS di England.
- Pelaksanaannya berdasarkan penyelidikan yang diseliakan Dr. Ruth Pearce, pensyarah lelaki transgender di Universiti Glasgow yang mendakwa lelaki juga boleh melahirkan anak dan wanita transgender yang belum menjalani pembedahan tukar kelamin mempunyai ‘zakar wanita’.
Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS) mengemukakan kontrak £100,000 (RM531,710) untuk mewujudkan program latihan penjagaan bersalin kepada ‘lelaki yang beranak’, demikian lapor Reduxx.
Program itu berdasarkan penyelidikan yang diseliakan seorang lelaki transgender yang mendakwa lelaki juga boleh melahirkan anak dan wanita transgender yang belum menjalani pembedahan tukar kelamin mempunyai ‘zakar wanita’.
Pada 16 Disember lalu, NHS secara senyap-senyap mengeluarkan jemputan sebut harga untuk program berkenaan.
Program itu akan dilancarkan kepada bidan di jabatan bersalin seluruh 40 badan pemegang amanah NHS di England dan akan berdasarkan penemuan projek penyelidikan Meningkatkan Pengalaman Perkhidmatan Bersalin untuk Trans (ITEMS).
Seorang jurucakap dari With Woman membangkitkan pelbagai kebimbangan, terutamanya dengan keseluruhan tumpuan program yang hanya dilihat pada bahasa ‘inklusif’, bukannya penambahbaikan penjagaan perubatan untuk kohort yang kompleks secara tradisional.
Laporan ITEMS yang digunakan sebagai justifikasi untuk keperluan program itu hanya berdasarkan maklumbalas 121 responden.
Laporan itu menyatakan yang ‘orang bersalin’ tidak dijaga dengan betul kerana mereka ‘salah jantina’ dan membuat dakwaan tidak berasas bahawa 30 peratus daripada ‘ibu bapa transgender’ melahirkan anak secara rahsia di rumah tanpa campur tangan perubatan.
Laporan itu disediakan bersama Dr. Ruth Pearce, pensyarah lelaki transgender dalam Pembangunan Komuniti di Universiti Glasgow.
Menerusi satu video pada Ogos 2022, Pearce menerangkan fokus kerjanya pada ITEMS, menentang dakwaan yang ‘anak transgender’ mungkin tidak membiak dan menentang hujah Abigail Shrier yang mendakwa peralihan jantina kanak-kanak boleh membawa kepada “kerosakan kesuburan yang tidak dapat dipulihkan”.
Pearce juga menegaskan dalam satu artikel akademik mengenai keperluan membantu transgender untuk bukan sahaja membiak secara seksual, tetapi juga untuk ‘membiak secara sosial’ dengan cara mengubah bahasa dan dasar perubatan untuk memperkenalkan idea peralihan jantina kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Reduxx mendedahkan bagaimana kesilapan dan kekeliruan timbul akibat penggunaan bahasa perubatan yang tidak tepat, menyebabkan pelajar perbidanan di Universiti Napier, Edinburgh diajar cara menjaga lelaki yang bersalin melalui zakar dan prostat.
Buku kursus itu menyebut, “Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun kebanyakan masa orang yang bersalin akan mempunyai alat kelamin wanita, anda mungkin menjaga orang yang hamil atau bersalin yang sedang beralih dari lelaki ke perempuan dan mungkin masih mempunyai luaran alat kelamin lelaki”.
Sumber: Reduxx
