Connect with us

Terkini

Premis judi berlesen penting untuk keharmonian kaum – Setiausaha DAP

DAP berharap Kerajaan Negeri Kedah mempertimbangkan semula langkah tidak membenarkan premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Premis judi berlesen penting untuk keharmonian kaum - Setiausaha DAP
Foto: Teh Swee Leong.
  • DAP berharap Kerajaan Negeri Kedah pertimbangkan semula langkah tidak membenarkan premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini.
  • Setiausaha DAP negeri, Teh Swee Leong berkata, tindakan tersebut akan memberi banyak masalah terhadap masyarakat kerana secara tidak langsung menggalakkan aktiviti perjudian haram.
  • “Saya berharap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dapat menarik balik arahan dan mengeluarkan lesen kepada pengusaha premis judi berlesen bagi memastikan keharmonian kaum.”- Setiausaha DAP negeri, Teh Swee Leong.

ALOR SETAR: DAP berharap Kerajaan Negeri Kedah mempertimbangkan semula langkah tidak membenarkan premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini.

Setiausaha DAP negeri, Teh Swee Leong berkata, tindakan itu akan memberi lebih banyak masalah kepada masyarakat kerana ia secara tidak langsung menggalakkan aktiviti perjudian haram.

“Saya melihat langkah itu wajar dipertimbang semula bertujuan mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial.

“Saya berharap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dapat menarik balik arahan dan mengeluarkan lesen kepada pengusaha premis judi berlesen bagi memastikan keharmonian kaum.

“Bolehkah masalah maksiat dan sosial di negeri ini berhenti dengan berbuat demikian? Apa yang kita bimbang adalah kesudahannya nanti, aktiviti ini menjadi tidak terkawal dan sesiapa saja semakin bebas berjudi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Swee Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman berkata, keputusan menyekat lesen judi yang dikawal undang-undang tidak akan menyelesaikan masalah maksiat dan sosial.

Beliau berkata, semua masalah berkenaan seharusnya diselesaikan melalui kaedah pendidikan kepada masyarakat terutama golongan muda.

Swee Leong berkata, pihaknya juga berasa kecewa dengan keputusan kerajaan negeri kerana ia turut menjejaskan pekerja dalam sektor berkenaan.

Semalam, Astro AWANI melaporkan semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya pada 1 Januari 2023, susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.

Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan yang diputuskan pada November 2021 itu.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Terkini

Sebarang peruntukan APSB perlu patuhi Perkara 13 Perlembagaan, jamin hak asasi pemilik

Sebarang peruntukan dalam penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) perlu mematuhi prinsip yang diputuskan mahkamah di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.
  • Sebarang peruntukan dalam penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) perlu mematuhi prinsip yang diputuskan mahkamah di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
  • Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata ini kerana pemilikan harta termasuk dalam jaminan kebebasan asasi yang mempunyai jaminan Perlembagaan.
  • Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak terhadap harta iaitu tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan mencukupi.
  • “Dalam kes yang menyentuh kebebasan asasi, prinsip yang memelihara hak individu yang dijamin (Perlembagaan Persekutuan) mesti diberi keutamaan daripada kepentingan awam, melainkan ada pengecualian khusus dinyatakan dalam peruntukan itu sendiri.
  • “Dalam isu ini, keseluruhan peruntukan Perkara 13 (Perlembagaan Persekutuan) perlu diperiksa untuk menentukan batasan kebenaran (penurunan kadar ambang persetujuan) yang dibenarkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Wan Ahmad Fauzi berkata demikian ketika mengulas berhubung Akta Pembaharuan Semula Bandar yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu “ambang persetujuan” penduduk.

KUALA LUMPUR —- Sebarang peruntukan dalam penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) perlu mematuhi prinsip yang diputuskan mahkamah di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata ini kerana pemilikan harta termasuk dalam jaminan kebebasan asasi yang mempunyai jaminan Perlembagaan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak terhadap harta iaitu tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan mencukupi.

“Dalam kes yang menyentuh kebebasan asasi, prinsip yang memelihara hak individu yang dijamin (Perlembagaan Persekutuan) mesti diberi keutamaan daripada kepentingan awam, melainkan ada pengecualian khusus dinyatakan dalam peruntukan itu sendiri.

“Dalam isu ini, keseluruhan peruntukan Perkara 13 (Perlembagaan Persekutuan) perlu diperiksa untuk menentukan batasan kebenaran (penurunan kadar ambang persetujuan) yang dibenarkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Wan Ahmad Fauzi berkata demikian ketika mengulas berhubung Akta Pembaharuan Semula Bandar yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu “ambang persetujuan” penduduk.

Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) pada 2023 dilaporkan menentang penetapan “ambang persetujuan” selain daripada persetujuan 100 peratus kerana berpendirian sebarang pembangunan semula, pemerkasaan atau pelan pembaharuan mestilah mendapat kebenaran semua pemilik harta ekoran setiap daripada mereka mempunyai hak dan kepentingan dalam pembaharuan semula bandar.

Setiausaha Agung Kehormat HBA, Datuk Chang Kim Loong dalam satu rencana dilaporkan berkata, meneruskan “ambang persetujuan” (selain 100 peratus persetujuan pemilik), atau lebih dikenali sebagai “jualan en-blok” dengan sebarang kadar undian majoriti akan menafikan hak pemilik rumah tertentu ke atas hartanah mereka.

Beliau berkata undang-undang pembangunan semula tersebut secara terang-terangan melanggar Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan (hak memiliki harta) dan sebarang kelulusan undang-undang seperti itu adalah tidak sah.

Rencana bertarikh Oktober 2023 itu ditulis sebagai reaksi kepada laporan yang menyatakan Akta Pembaharuan Bandar akan dibentang tahun ini (2024).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dipetik berkata kementeriannya akan menjalankan “analisa impak perundangan” sebelum mencadangkan kadar baharu terhadap “ambang persetujuan (consent threshold)” yang kini memerlukan persetujuan 100 peratus daripada pemilik strata sebelum pembaharuan bandar dibenarkan.

Terbaharu, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 10 September lalu dilaporkan bersetuju menggubal akta itu yang dikatakan akan mengutamakan hak pemilik asal dan memastikan kelestarian dalam pembangunan bandar.

Kor Ming berkata kementeriannya bercadang mewujudkan ambang persetujuan 80 peratus kepada bangunan yang berusia kurang dari 30 tahun dan 75 peratus kepada bangunan berusia lebih dari 30 tahun.

Bagi bangunan yang tidak lagi selamat untuk didiami dan bangunan terbengkalai, KPKT bercadang untuk mewujudkan ambang persetujuan 5l peratus sahaja supaya dapat mempercepat proses pembaharuan bangunan terbabit.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi menyifatkan cadangan menurunkan ambang persetujuan penduduk adalah cubaan untuk melakukan ‘paksaan’.

“Saya tengok akta itu cara dia nak ambil cara paksalah kan katalah kalau majoriti owner itu setuju nak jual tapi ada orang tak nak jual jadi dia nak jadikan mungkin undi majoriti itu menyebabkan pemaju boleh acquire.

“Saya berpandangan sebarang bentuk pengambilan harta orang cara paksaan ini mesti melalui Akta Pengambilan Tanah perlu melalui Perkara 13 (Perlembagaan),” katanya.  — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending