Connect with us

Terkini

Pengurangan waktu kerja jejas produktiviti

Sebuah persatuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengkritik kerajaan atas apa yang dikatakannya masa yang kurang tepat bagi penguatkuasaan dasar mengurangkan waktu bekerja.

Wartawan TMT

Published

on

Pengurangan waktu kerja jejas produktiviti
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah persatuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kritik kerajaan atas apa dikatakannya masa yang kurang tepat bagi penguatkuasaan dasar mengurangkan waktu bekerja kerana ia memudaratkan produktiviti. 
  • “Kami sokong perubahan itu tetapi ia mestilah menjadi sebahagian daripada pembaharuan buruh secara menyeluruh yang mengikat gaji kepada produktiviti,” – Pengerusi PKS, Samenta William Ng.
  • “Kita masih sedang cuba pulih daripada wabak. Tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada majikan tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan pada masa yang paling buruk.”


PETALING JAYA: Sebuah persatuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengkritik kerajaan atas apa yang dikatakannya masa yang kurang tepat bagi penguatkuasaan dasar mengurangkan waktu bekerja.

Pengerusi Samenta William Ng berkata, ia memudaratkan produktiviti.

Bercakap kepada FMT, beliau mengakui bahawa dasar itu bagus, tetapi masanya tidak sesuai untuk dilaksanakan disebabkan keadaan ekonomi yang buruk.

“Kami sokong perubahan itu tetapi ia mestilah menjadi sebahagian daripada pembaharuan buruh secara menyeluruh yang mengikat gaji kepada produktiviti,” katanya.

“Kita masih sedang cuba pulih daripada wabak. Tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada majikan tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan pada masa yang paling buruk.”

Pindaan kepada Akta Kerja sepatutnya berkuatkuasa September lepas tetapi ditangguhkan kepada 1 Jan. Antara lainnya, ia memperuntukkan pengurangan waktu bekerja daripada 48 kepada 45 jam seminggu.

Selain itu, kata Ng, PKS terpaksa menghadapi masalah kekurangan buruh dan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi syarikat yang mempunyai lima orang pekerja atau lebih.

“Walaupun majikan terbuka untuk mengambil lebih ramai pekerja, dan margin perniagaan yang tipis mampu menyokongnya, dari manakah kita akan dapatkan pekerja-pekerja ini dalam sekelip mata?”

Beliau berkata, PKS kini buntu cuba mencari cara untuk beroperasi tanpa mengurangkan bilangan pekerja dan menangguhkan rancangan untuk pengembangan dan pertumbuhan.

Pengarah urusan pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin berkata, pengurangan waktu bekerja akan meningkatkan kos bagi peruncit antara 15% hingga 17%.

Katanya, pengurangan waktu bekerja sebanyak tiga jam menyukarkan tugas menyesuaikan syif.

“Kami kini terpaksa mengeluarkan bayaran lebih masa untuk tiga jam seminggu itu dan ini akhirnya akan disampaikan kepada pengguna,” katanya.

Ameer mengkritik kerajaan kerana tidak membenarkan kelulusan pantas untuk mendapatkan pekerja asing bagi industri runcit kini apabila sesetengah peruncit terpaksa mengambil lebih ramai pekerja.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain Husman berkata, majikan perlu menambah tenaga kerja mereka sebanyak 6.6% jika mereka ingin mengekalkan kapasiti operasi seperti sebelum pelaksanaan pengurangan waktu bekerja.

Masalahnya, katanya, adalah mendapatkan pekerja tambahan kerana rakyat Malaysia tidak berminat dengan pekerjaan berbahaya, kotor dan sukar.

“Majikan tiada pilihan selain mengambil pekerja asing,” katanya.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending