Connect with us

Antarabangsa

Pekerja LGBT komplot dera remaja

Seorang pekerja LGBT Youth Scotland didakwa berkomplot mendera seorang remaja dengan memberikan ID palsu kepadanya untuk bekerja dengan kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

pekerja-lgbt-komplot-dera-remaja
Foto: Logo organisasi LGBT Youth Scotland.
  • Seorang pekerja LGBT Youth Scotland didakwa berkomplot mendera seorang remaja dengan memberikan ID palsu kepadanya untuk bekerja dengan kanak-kanak.
  • Sam Cowie, 28, berkata pekerja itu juga membawanya ke kelab malam gay ketika berusia 16 tahun di Glasgow.
  • “Akibat orang yang mereka kenalkan kepada saya, saya telah dibius dan dirogol,” katanya.

SCOTLAND – Seorang pekerja LGBT Youth Scotland didakwa berkomplot mendera seorang remaja dengan memberikan ID palsu kepadanya untuk bekerja dengan kanak-kanak.

Sam Cowie, 28, berkata pekerja itu juga membawanya ke kelab malam gay ketika berusia 16 tahun di Glasgow, yang menyebabkan dia dirogol, diberikan dadah dan terus didera.

Pada mulanya, dia menerima layanan “istimewa” apabila menghadiri perjumpaan kumpulan LGBT itu dua kali seminggu, yang dia mula menghadirinya pada usia 15 tahun, dengan meminum alkohol dan merokok.

“Diberikan ID palsu itu menyebabkan saya diperkenalkan kepada orang ramai dan berada dalam situasi yang telah mengubah sepenuhnya perjalanan hidup saya.

“Mengimbas kembali, saya fikir saya dieksploitasi kerana saya mudah diserang. Saya dibawa ke kelab malam di mana lelaki yang lebih tua bersama lelaki yang lebih muda adalah perkara biasa.

“Akibat orang yang mereka kenalkan kepada saya, saya telah dibius dan dirogol,” katanya dipetik Telegraph. 

LGBT Youth Scotland, yang juga badan kebajikan belia LGBT, menerima hampir £400,000 (RM2,128,345) daripada Kerajaan Scotland tahun lalu.

Cowie terlibat dengan badan amal itu pada 2010 dan memutuskan hubungan dengan organisasi berkenaan dua tahun kemudian.

Sumber: Telegraph 

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending