Antarabangsa
Paludan mahu bakar al-Quran lagi
Pelampau sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan mengumumkan akan membakar senaskhah salinan al-Quran di ibu negara Denmark.
- Dalam mesej yang disiarkan di akaun Instagramnya, Ketua Parti Stram Kurs itu berkata, dia akan melakukan perkara tersebut di hadapan sebuah masjid di Dortheavej tepat pada jam 12.30 tengah hari.
- “Saya akan membawa mancis dan buku untuk dibakar,” kata Paludan yang menggelar dirinya sebagai seorang Kristian di “negara Kristian”.
- Pada Sabtu lalu, Paludan diberikan kebenaran membakar salinan al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.
COPENHAGEN – Pelampau sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan mengumumkan akan membakar senaskhah salinan al-Quran di ibu negara Denmark, Copenhagen pada hari ini.
Dalam mesej yang disiarkan di akaun Instagramnya, Ketua Parti Stram Kurs itu berkata, dia akan melakukan perkara tersebut di hadapan sebuah masjid di Dortheavej tepat pada jam 12.30 tengah hari (7.30 petang waktu Malaysia).
“Saya akan membawa mancis dan buku untuk dibakar,” kata Paludan yang menggelar dirinya sebagai seorang Kristian di “negara Kristian”.
Pada Sabtu lalu, Paludan diberikan kebenaran membakar salinan al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.
Tindakan biadab itu kemudian ditiru ketua pelampau berhaluan kanan Gerakan Anti-Islam Eropah (PEGIDA), Edwin Wagensveld yang bertindak memijak dan mengoyak al-Quran serta membakarnya di satu lokasi di Belanda. – Agensi
Sumber: Sinar Harian