Antarabangsa
Netizen selar tindakan transgender Jepun terjah sauna wanita, beri komen seksual
Tindakan seorang transgender Jepun menimbulkan kemarahan pengguna-pengguna media sosial apabila dia memuat naik video menggunakan sauna wanita di sebuah hotel di Jepun bulan lalu.
- Tindakan Youtuber Jepun, Neo Wasada, seorang transgender menimbulkan kemarahan netizen setelah menerjah sauna wanita di sebuah hotel di Jepun.
- Dia memberitahu pengalamannya memasuki bahagian wanita di rumah mandian dalam istilah yang sangat seksual, dalam vlog.
- Wasada menyifatkan pengalaman itu sebagai berada di ‘syurga buah dada’ dan menurutnya, ini bukan kali pertama dia memasuki sauna itu.
- Sehingga 4 Januari lalu, video itu menerima lebih 2,300 ‘tidak suka’ berbanding hanya 290 ‘suka’ kerana ramai mengutuk sekeras-kerasnya tingkah laku transgender terbabit.
YOKOHAMA – Tindakan seorang transgender Jepun menimbulkan kemarahan pengguna-pengguna media sosial apabila dia memuat naik video menggunakan sauna wanita di sebuah hotel di Jepun bulan lalu.
Nao Wasada merupakan pempengaruh YouTube yang menggunakan nama Suzanne Misaki.
Dalam vlog itu, Wasada memberitahu pengalamannya memasuki bahagian wanita di rumah mandian dalam istilah yang sangat seksual.
“Saya menyelinap ke tempat mandi wanita di mana wanita dalam penampilan semula jadi mereka berkumpul bersama,” katanya dalam video itu.
Wasada menyifatkan pengalaman itu sebagai berada di ‘syurga buah dada’ dan menurutnya, ini bukan kali pertama dia memasuki sauna itu.
Sehingga 4 Januari lalu, video dimuat naik itu menerima lebih 2,300 ‘tidak suka’ berbanding hanya 290 ‘suka’ kerana ramai mengutuk sekeras-kerasnya tingkah laku Wasada.
Rata-rata netizen memberi respons negatif terhadap video kontroversi itu dengan sesetengah pihak menegaskan Wasada menimbulkan ancaman kepada wanita.
“Jika anda seorang wanita, tidakkah anda faham bahawa mengatakan perkara seperti ini kepada seorang wanita, ia menakutkan dan menjijikkan? Saya tidak mendiskriminasi dan pernah menyertai perarakan Pride pada masa lalu tetapi apabila saya melihat video ini, secara jujur saya fikir ia sangat menjijikkan. LGBT+ baru sahaja kehilangan penyokongnya,” demikian komen netizen.
Seorang feminis Jepun yang mahu dikenali sebagai Haruka menjelaskan kepada Reduxx agar rumah mandian diasingkan mengikut jantina.
Dia percaya sesetengah wanita akan enggan menggunakan kemudahan itu jika mereka tahu lelaki mengaku sebagai transgender diberi peluang masuk.
Sumber: Reduxx