Connect with us

Antarabangsa

Negara Asia Barat bantah besar-besaran al-Quran dibakar di Sweden

Bantahan besar-besaran tercetus di beberapa negara Asia Barat berikutan al-Quran dibakar ketika kejadian bantahan di luar Kedutaan Turkiye.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Negara Asia Barat bantah besar-besaran al-Quran dibakar di Sweden
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Negara-negara Asia Barat (Timur Tengah) antaranya Yaman, Iraq, Jordan dan Turkiye membuat bantahan besar-besaran di luar Kedutaan Sweden negara masing-masing. 
  • Ia susulan kejadian al-Quran dibakar ketika bantahan di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden.
  • Penunjuk perasaan turut menyeru untuk memboikot semua jenama dari Sweden seperti pengeluar pakaian H&M, pengeluar perabot IKEA, Skype, Volvo, Ericsson, Nordea dan banyak lagi.
  • Susulan insiden itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan negara itu tidak menyokong keanggotaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Bantahan besar-besaran tercetus di beberapa negara Asia Barat (Timur Tengah) berikutan al-Quran dibakar ketika kejadian bantahan di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden.

Memetik laporan OpIndia, negara-negara Asia Barat itu termasuklah Yaman, Iraq, Jordan dan Turkiye.

Penunjuk perasaan yang berhimpun di luar Kedutaan Sweden di Turkiye dan Yaman membakar bendera Sweden dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar kitab suci itu.

Penunjuk perasaan di Ankara dan Istanbul mengutuk Sweden kerana mempromosikan ‘Islamofobia yang disokong negara’ berselindung di sebalik ‘kebebasan bersuara’.

Sambil berhimpun di jalanan dan membangkitkan slogan menentang Sweden, mereka turut menyeru untuk memboikot semua jenama dari negara itu seperti pengeluar pakaian H&M, pengeluar perabot IKEA, Skype, Volvo, Ericsson, Nordea dan banyak lagi.

Susulan insiden itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan negara itu tidak menyokong keanggotaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), demikian lapor Reuters.

Insiden membakar al-Quran di Sweden berlaku pada 21 Januari lalu dalam kejadian bantahan terhadap Turki. 

Al-Quran telah dibakar Rasmus Paludan, seorang ahli politik dari parti sayap kanan Denmark Stram Kurs.

Dua lagi bantahan berlaku di Stockholm pada hari yang sama. Satu menyokong Kurd dan satu lagi menentang usaha Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dilaporkan, ketiga-tiga bantahan mendapat kebenaran daripada Polis Sweden.

Turkiye mengecam insiden pembakaran al-Quran dan menyebutnya sebagai ‘perbuatan keji’. 

Mereka turut menyifatkan keputusan kerajaan Sweden untuk membenarkan bantahan diteruskan adalah ‘tidak boleh diterima sama sekali’.

Konflik antara kedua-dua negara timbul kerana Turki menangguhkan penyertaan Sweden dan Finland dalam pakatan NATO.

Sumber: OpIndia, Reuters

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *