Connect with us

Terkini

Mufti Pulau Pinang gesa undang-undang promosi arak disemak dan diperbaiki

Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Noor menggesa supaya undang-undang berkaitan penjualan dan promosi arak di negeri itu diperbaiki, kerana sensitiviti semua pihak mesti dipertimbangkan.

Wartawan TMT

Published

on

Mufti Pulau Pinang gesa undang-undang promosi arak disemak dan diperbaiki
Foto: Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Mohd Noor
  • “Pada pandangan saya undang-undang berkaitan penjualan dan pengambilan arak perlu dikemaskini dan diperbaiki supaya lebih jelas apa yang dibenarkan atau sebaliknya”.  – Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Mohd Noor
  • “Ini bagi pastikan sensitiviti masyarakat Islam diambil kira dan kekalkan keharmonian sesama bangsa di negara ini.
  • “Lebih baik tidak promosikan arak secara terbuka pada orang ramai. Cukuplah menjualnya di kawasan dikhususkan untuk golongan bukan Islam,” katanya.
  • Mufti Pulau Pinang turut menggesa umat Islam bersikap lebih toleransi terhadap budaya kaum lain.

 

GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Noor menggesa supaya undang-undang berkaitan penjualan dan promosi arak di negeri itu diperbaiki, kerana sensitiviti semua pihak mesti dipertimbangkan.

Mengulas bantahan Ahli Parlimen Permatang Pauh Fawwaz Md Jan terhadap penjualan bir di sebuah pusat beli-belah di Perai menjelang Tahun Baharu Cina, Wan Salim berkata beliau bersetuju ia tidak wajar dilakukan secara terbuka.

“Pada pandangan saya undang-undang berkaitan penjualan dan pengambilan arak perlu dikemaskini dan diperbaiki supaya lebih jelas apa yang dibenarkan atau sebaliknya,” katanya kepada FMT.

“Ini bagi memastikan sensitiviti masyarakat Islam diambil kira, dan mengekalkan keharmonian sesama bangsa di negara ini.

“Lebih baik tidak mempromosikan arak secara terbuka kepada orang ramai. Cukuplah menjualnya di kawasan dikhususkan untuk golongan bukan Islam.”

Beliau pada masa sama menggesa umat Islam bersikap lebih toleransi terhadap budaya lain.

“Umat Islam juga perlu lebih bersikap inklusif dan toleransi terhadap budaya orang lain yang menjadi sebahagian daripada negara demokrasi ini. Keadaannya berbeza dengan Timur Tengah di mana orang Islam menjadi majoriti yang besar.

“Umat Islam di Malaysia mesti memegang konsep muwatanah, iaitu perkongsian tanah dan kewujudan bersama.

“Ajaran Islam fleksibel dan membolehkan penyesuaian dilakukan seiring masa, tempat dan persekitaran. Pemahaman tegar bukan saja bertentangan dengan semangat Islam sendiri, malah menghalang hidayah memasuki hati dan pemikiran orang.”

Dalam hantaran di TikTok, Fawwaz mendakwa pengunjung beragama Islam ke pusat beli-belah itu merasa kurang selesa kerana arak dijual secara terbuka.

Kenyataannya itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seorang ADUN dari Pulau Pinang, Daniel Gooi menyifatkan Fawwaz melampaui skop kerjanya sebagai Ahli Parlimen sebaliknya menjadi polis moral, malah melihat tindakannya sebagai menggugat keharmonian penduduk pelbagai bangsa di negeri itu.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending