Terkini
‘LGBT ke, apa benda ke dia kena ikut undang-undanglah,’ – ADUN DAP
Apa-apa sahaja golongan sama ada LGBT, mahupun yang lain perlu mengikut undang-undang yang ada di Malaysia.
- Apa-apa sahaja golongan sama ada LGBT, mahupun yang lain perlu mengikut undang-undang yang ada di Malaysia, malah parti politik sendiri harus akur dengan nilai dan ketetapan itu.
- “So undang-undang kita ada prinsipnya iaitu kita kena ikut kedudukan Islam mengikut peruntukan hak asasi di dalam Perlembagaan so saya tak fikir lah jadi isu di situ.
- “Makna kata kalau dia subtract atau mengikutnya kita tahulah undang-undang macam mana dah, so pada saya there’s no question ideology atau against what matters apa yang penting di kerajaan adalah kita ada undang-undang dan tanggungjawab kerajaan melaksanakan undang-undang dan mengikutnya sahaja,” kata ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari daripada DAP.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan bahawa golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf di bawah pentadbirannya.
KUALA LUMPUR – Apa-apa sahaja golongan sama ada LGBT, mahupun yang lain perlu mengikut undang-undang yang ada di Malaysia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari daripada DAP berkata parti politik juga harus akur dengan nilai dan ketetapan itu.
“LGBT ke apa benda ke dia kena ikut undang-undanglah.
“So undang-undang kita ada prinsipnya iaitu kita kena ikut kedudukan Islam mengikut peruntukan hak asasi di dalam Perlembagaan so saya tak fikir lah jadi isu di situ.
“Makna kata kalau dia subtract atau mengikutnya kita tahulah undang-undang macam mana dah, so pada saya there’s no question ideology atau against what matters apa yang penting di kerajaan adalah kita ada undang-undang dan tanggungjawab kerajaan melaksanakan undang-undang dan mengikutnya sahaja.
“Parti politik harus akur nilai dan ketetapan itu,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mengatakan tidak mungkin beliau mengiktiraf golongan LGBT, sekular dan komunis di bawah pentadbirannya.
Oktober lalu, bekas Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago menggesa pihak berkuasa berhenti memburu kelompok LGBTQ seolah-olah mereka adalah penjenayah kerana dikhuatiri mewujudkan jenayah kebencian.
Gesaan itu dibuat susulan serbuan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis ke atas Pesta Halloween membabitkan LGBTQ.
Majoriti rakyat Malaysia melihat gaya hidup LGBTQ sebagai bertentangan dengan nilai moral dan norma kehidupan masyarakat beragama dan berbudaya Timur di Malaysia.
Bulan lalu, seorang penyokong LGBT menerusi klip video di Twitter menyuarakan harapannya agar rakyat Malaysia dapat menerima dan menyokong LGBT untuk Malaysia menjadi negara aman, gembira dan maju.
Terbaharu, Perdana Menteri Malaysia ke-10 memberi jaminan bahawa golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf di bawah pentadbirannya. – The Merdeka Times