Connect with us

Antarabangsa

Wanita singkap skirt, tunjuk kemaluan bantah undang-undang pro-LGBT di Parlimen Scotland

Perdebatan kontroversi berlaku di Parlimen Scotland mengenai hak transgender berakhir dengan seorang penunjuk perasaan menyingkap skirt yang dipakainya untuk mendedahkan kemaluan, lapor portal berita Daily Star semalam (23 Disember).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Lokasi Kejadian, Edinburgh, Scotland.
  • Rang Undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Gender (Scotland) telah diluluskan oleh Parlimen Scotland dengan 86 undi menyokong berbanding 39 undi yang menentang di Parlimen Edinburgh.
  • Sesiapa yang tinggal di Scotland boleh mohon sijil pembaharuan jantina selepas tinggal dalam jantina yang dipilih sendiri selama tiga bulan atau enam bulan jika mereka berumur 16 atau 17 tahun. 
  • Seorang penunjuk perasaan yang menyingkap skirtnya untuk mempamerkan kemaluan sambil menjerit ‘segeralah!’ di ruang tempat duduk awam.
  • Dia menjerit bahawa wanita sedang dirogol di penjara oleh banduan-banduan lelaki yang telah memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka dikenal pasti sebagai wanita.

 

EDINBURGH,  Scotland –  Perdebatan kontroversi berlaku di Parlimen Scotland mengenai hak transgender berakhir dengan seorang penunjuk perasaan menyingkap skirt yang dipakainya untuk mendedahkan kemaluan, lapor portal berita Daily Star semalam (23 Disember).

Rang Undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Gender (Scotland) telah diluluskan oleh Parlimen Scotland dengan 86 undi menyokong berbanding 39 undi yang menentang di Parlimen Edinburgh.

Di bawah undang-undang baharu itu, sesiapa yang tinggal di Scotland akan boleh memohon sijil pembaharuan jantina selepas tinggal dalam jantina yang dipilih sendiri selama tiga bulan atau enam bulan jika mereka berumur 16 atau 17 tahun. 

Sebelum ini mereka terpaksa menunggu selama dua tahun untuk mendapatkan sijil pembaharuan jantina.

Bagaimanapun, terdapat seorang penunjuk perasaan yang menyingkap skirtnya untuk mempamerkan kemaluan sambil menjerit ‘segeralah!’ di ruang tempat duduk awam.

Dia menjerit bahawa wanita sedang dirogol di penjara oleh banduan-banduan lelaki yang telah memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka dikenal pasti sebagai wanita.

Bagaimanapun, anggota keselamatan kemudian melangkah masuk untuk membawanya keluar dari dewan Parlimen. – Agensi

 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *