Connect with us

Antarabangsa

Scotland lulus undang-undang tukar jantina

Parlimen Scotland meluluskan undang-undang yang hangat diperdebatkan pada Khamis lalu bagi memudahkan orang ramai menukar jantina secara sah, lapor laman berita Wion News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Scotland lulus undang-undang tukar jantina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Susulan itu, Kerajaan Britain turut suarakan ‘kebimbangan’ mengenai undang-undang baharu itu.
  • “Usul itu dipersetujui dan Rang Undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Jantina Scotland diluluskan,” – Pegawai pengundian, Alison Johnstone 
  • Pihak yang menentang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai undang-undang itu kerana akan membahayakan wanita dan kanak-kanak perempuan, terutama ketika berada dalam persekitaran satu jantina.
  • Scotland menegaskan bahawa ia tidak akan memberi kesan kepada Akta Kesaksamaan yang mengecualikan golongan transgender daripada ruang jantina tunggal seperti bilik persalinan dan tempat perlindungan.

 

EDINBURGH – Parlimen Scotland meluluskan undang-undang yang hangat diperdebatkan pada Khamis lalu bagi memudahkan orang ramai menukar jantina secara sah, lapor laman berita Wion News.

Isu itu menyaksikan ‘pemberontakan’ dalam kalangan ahli Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memerintah.

Kerajaan Britain juga menyuarakan ‘kebimbangan’ mengenai undang-undang itu. Ia mendapat 86 undi daripada ahli yang menyokong dan 39 lagi menentang.

Menurut undang-undang baharu itu , diagnosis perubatan untuk disforia gender iaitu keresahan seseorang terhadap jantina mereka selepas dilahirkan, sebelum menukar jantina tidak lagi diperlukan.

“Usul itu dipersetujui dan Rang Undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Jantina Scotland diluluskan,” kata pegawai pengundian, Alison Johnstone sambil disambut oleh tepukan gemuruh di galeri awam.

Golongan muda berusia 16 dan 17 tahun kini dibenarkan menukar jantina mereka.

Bagaimanapun, terdapat usaha oleh beberapa wakil rakyat Scotland untuk mengekalkan had  umur layak kepada 18 tahun.

Undang-undang berkenaan mengurangkan tempoh daripada dua tahun kepada tiga bulan untuk peringkat umur tersebut menyesuaikan diri dengan jantina baharu mereka sebelum diiktiraf secara rasmi.

Tempoh refleksi tambahan selama tiga bulan juga diperlukan dan ketika itu, mereka yang mahu menukar telah mula atau sedang mempertimbangkan untuk menukar kembali jantina boleh mengubah fikiran.

Pihak yang menentang bagaimanapun menyuarakan kebimbangan mengenai undang-undang itu kerana akan membahayakan wanita dan kanak-kanak perempuan, terutamanya ketika berada dalam persekitaran satu jantina.

Kerajaan Scotland menegaskan bahawa ia tidak akan memberi kesan kepada Akta Kesaksamaan yang mengecualikan golongan transgender daripada ruang jantina tunggal seperti bilik persalinan dan tempat perlindungan. – Agensi

 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *