Connect with us

Antarabangsa

Pope John Paul II didakwa ‘diamkan’ jenayah seksual kanak-kanak dilakukan paderi

Pope John Paul II mengabaikan dan menutup kes penderaan seksual kanak-kanak bawah umur melibatkan beberapa paderi sebelum dia menjadi paus (pope).

Wartawan TMT

Published

on

Pope John Paul II didakwa 'diamkan' jenayah seksual kanak-kanak dilakukan paderi
Foto: Pope John Paul II (tengah).
  • Wartawan penyiasat Belanda dakwa Pope John Paul II abaikan dan tutup kes penderaan seksual kanak-kanak bawah umur libatkan beberapa paderi ketika kejadian sebelum dia menjadi paus (pope).
  • Wartawan itu, Ekke Overbeek mengatakan Pope John Paul II sebenarnya mengetahui kejadian itu, namun pilih tidak memecat mereka dan sembunyikan kejahatan dibuat paderi-paderi terbabit.
  • Overbeek menjalankan penyelidikan arkib berkenaan perkara itu selama tiga tahun di Poland iaitu tempat Pope John Paul II dilahirkan dan menjadi ketua biskop, sebelum dia menjadi paus.
  • Profesor Universiti Warsaw, Stanislaw Obirek berkata penyiasatan itu “cukup untuk musnahkan mitos John Paul II seorang wali pada masa mudanya”.

AMSTERDAM – Pope John Paul II mengabaikan dan menutup kes penderaan seksual kanak-kanak bawah umur melibatkan beberapa paderi sebelum dia menjadi paus (pope).

Dakwaan itu dibuat wartawan penyiasat Belanda, Ekke Overbeek berdasarkan kajiannya yang dipetik agensi berita Anadolu.

Overbeek mendakwa Pope John Paul II sebenarnya mengetahui insiden penderaan seksual terbabit, namun memilih tidak memecat dan menyembunyikan kejahatan dibuat ketika paderi-paderi itu berada di bawah pentadbirannya di Krakow, Poland, tempat di mana dia menjadi ketua biskop.

“Saya menjumpai kes konkrit paderi di Keuskupan Agung Krakow, di mana dia yang bakal menjadi paus adalah uskup agung, yang mendera kanak-kanak. Paus itu mengetahuinya tetapi memindahkan lelaki itu yang membawa kepada mangsa baharu.

“Alasan gereja — pembela paus — berpunca daripada fakta bahawa dia tidak akan tahu, bahawa dia memahami keseriusan keadaan itu sangat lewat dan pada mulanya dia menyangka itu adalah masalah Amerika. Semua hujah itu kini boleh digugurkan,” kata Overbeek.

Menurut Overbeek, beliau menjalankan penyelidikan arkib berkenaan perkara itu selama tiga tahun di Poland iaitu tempat Pope John Paul II dilahirkan dan menjadi ketua biskop.

Overbeek dilaporkan sedang menyediakan penyelidikannya sebagai sebuah buku yang akan diterbitkan dalam bahasa Poland tidak lama lagi.

Bercakap mengenai buku itu, Profesor Universiti Warsaw, Stanislaw Obirek berkata penyiasatan itu “cukup untuk memusnahkan mitos John Paul II adalah seorang wali pada masa mudanya”.

Sumber : Anadolu Agency

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending