Connect with us

Terkini

Pemimpin perlu rujuk sultan berkait permasalahan negeri, agama

Khutbah Jumaat di seluruh masjid di Selangor mengingatkan pemimpin di negeri ini hendaklah sentiasa merujuk kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam permasalahan negeri dan agama.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin perlu rujuk sultan berkait permasalahan negeri, agama
Foto: Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  • Khutbah Jumaat di seluruh masjid di Selangor mengingatkan pemimpin di negeri ini hendaklah sentiasa merujuk kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam permasalahan negeri dan agama.
  • “Peranan aktif Sultan Selangor dalam menyuarakan prinsip-prinsip Islam dan nasihat membabitkan kesucian Islam adalah satu usaha baginda melaksanakan perintah ALLAH.
  • Menurut khutbah itu, usaha dan ketegasan Sultan Sharafuddin memelihara dan mendaulatkan agama Islam wajib disambut umat Islam sendiri.

SHAH ALAM – Khutbah Jumaat di seluruh masjid di Selangor mengingatkan pemimpin di negeri ini hendaklah sentiasa merujuk kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam permasalahan negeri dan agama.

Dalam khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu memberitahu, semua pemimpin perlu mengetahui bahawa titah baginda adalah mulia dan doa baginda mustajab.

“Walaupun tugas seorang sultan amat berat dan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti, namun Islam menjanjikan kelebihan dan keistimewaan di dunia dan akhirat kepada sultan yang terbaik dan adil seperti doanya tidak ditolak dan menjadi ahli syurga,” menurut teks khutbah itu pada Jumaat.

Sehubungan itu, khutbah Jumaat itu mengajak seluruh umat Islam menyakini Sultan Selangor sebagai pemimpin adil kepada rakyat.

Jelas khutbah itu, selaku pemerintah adil, rakyat perlu mentaati sultan kerana ia satu ibadah dan perintah ALLAH yang menjanjikan ganjaran di dunia dan akhirat.

Khutbah itu turut meminta seluruh umat Islam mendoakan Sultan Selangor dikurniakan kesihatan dan keimanan untuk memerintah negeri dengan bijaksana, adil dan saksama sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor kali ke-77 pada Ahad.

“Peranan aktif Sultan Selangor dalam menyuarakan prinsip-prinsip Islam dan nasihat membabitkan kesucian Islam adalah satu usaha baginda melaksanakan perintah ALLAH.

“Sultan yang adil akan mendapat perlindungan Allah di dunia dan ganjaran syurga di akhirat bahkan doanya sentiasa dimakbulkan oleh ALLAH,” menurut teks khutbah itu.

Khutbah itu menjelaskan, Rasulullah SAW adalah manusia yang dipilih oleh ALLAH untuk menjadi contoh dan teladan terbaik kepada sultan dalam hal kepimpinan dan urusan pemerintahan.

Khutbah Jumaat itu memberitahu, baginda sentiasa mengingatkan umat Islam agar terus berpegang kepada akidah sebenar.

“Sultan Sharafuddin menggesa umat Islam sentiasa bersatu hati dan jangan berpecah belah serta sentiasa bersifat jujur, amanah dan ikhlas dalam kehidupan,” jelas khutbah itu.

Menurut khutbah itu, usaha dan ketegasan Sultan Sharafuddin memelihara dan mendaulatkan agama Islam wajib disambut umat Islam sendiri.

“Oleh itu, Sultan adalah ‘Ulil Amri’ (pemimpin) yang wajib ditaati dalam urusan berkaitan memartabatkan Islam,” jelas khutbah itu.

Khutbah itu menjelaskan, terdapat 10 tugas utama bagi seorang sultan sebagaimana difahamkan apa yang disenaraikan oleh Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah.

“Tugas itu antaranya memelihara agama Islam daripada dicemari golongan sesat; melaksanakan pentadbiran Islam; melindungi negeri dengan kemakmuran institusi ibadah dan pendidikan; menegakkan undang-undang Islam dan mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Selain itu, berjihad memerangi mana-mana pihak yang cuba menghina Islam; mengurus zakat; kebajikan petugas-petugas Islam; petugas Islam yang terlatih dan jujur serta menjawab segala persoalan ummah dan memerhati keadaan,” kata khutbah itu.

Sumber : Sinar Harian

 

 

Author

Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending