Connect with us

Antarabangsa

Pelampau Hindutva gelar produk halal muslim sebagai ‘syaitan’

Kumpulan Hindutva akan mengadakan program kesedaran tentang ‘Halal Jihad’ di mana kelompok itu memanggil konsep halal diguna pakai umat Islam sebagai ‘syaitan’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelampau Hindutva gelar produk halal muslim sebagai ‘syaitan’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Hindutva akan adakan program kesedaran ‘Halal Jihad’ di mana golongan pelampau ini memanggil konsep halal diguna pakai umat Islam sebagai ‘syaitan’.
  • Kumpulan Hindutva membangkitkan kebimbangan terhadap produk Halal yang diterima meluas seluruh dunia. 
  • Wakil awam Parti Bhartiya Janata (BJP) bimbang produk halal akan menjejaskan perniagaan Hindu dengan ketara.

 

HYDERABAD – Kumpulan Hindutva akan mengadakan program kesedaran tentang ‘Halal Jihad’ di mana kelompok itu memanggil konsep halal diguna pakai umat Islam sebagai ‘syaitan’.

Program kesedaran kumpulan anti-Muslim itu dilaporkan bertujuan menjelaskan konsep ‘Halal Jihad’ kepada ahli perniagaan Hindu dan masyarakat, demikian lapor Siasat Daily.

Program itu akan diadakan di Kolej Badruka di Kachiguda pada Ahad (11 Disember 2022) jam 5 petang di mana ia  disokong rangkaian ‘perniagaan H2H’ dan ‘Sanatan Hindu Sangh’.

“Sebagai penerusan kepada perang kita terhadap halal yang membunuh ekonomi orang Hindu, terutamanya ahli perniagaan Hindu, mari kita fahami bagaimana setiap daripada kita terjejas tanpa pengetahuan kita tentang halal. 

“Mari kita sertai tanpa gagal dan tunjukkan keprihatinan kita dan selesaikan syaitan yang dipanggil halal ini,” demikian mesej yang disebarkan dalam kumpulan ahli perniagaan Hindu.

Beberapa kumpulan Hindutva membangkitkan ‘kebimbangan’ terhadap produk Halal yang mendapat penerimaan meluas di seluruh dunia. 

Berikutan itu, wakil awam Parti Bhartiya Janata (BJP) bimbang dengan produk halal yang dilihat akan menjejaskan perniagaan Hindu dengan ketara.

Bagi penganut Islam, konsep halal membolehkan mereka menikmati minuman atau makanan mengikut ajaran agama.

Sebagai contoh, daging halal merujuk kepada bentuk penyembelihan (Islam) haiwan untuk dimakan iaitu dengan memotong urat leher, arteri karotid dan tengkorak selain dilakukan dengan lafaz doa.

 

Sumber : Siasat Daily

Author