Antarabangsa
Peguam wanita bakal dipenjara kerana panggil ahli politik transgender sebagai “lelaki”
Disebabkan tersilap melabel ahli politik transgender di Brazil, Erika Hilton sebagai “lelaki”, seorang peguam bela hak wanita bakal dipenjarakan.
- Disebabkan tersilap melabel ahli politik transgender di Brazil, Erika Hilton sebagai “lelaki”, seorang peguam bela hak wanita bakal dipenjarakan.
- Sejurus pemilihan Hilton, Isabella Cêpa membuat kenyataan di Instagramnya mendakwa Hilton adalah “perempuan paling banyak undian” di Brazil.
- Menurut Cêpa, dia tidak mengetahui langsung berhubung jantina ahli politik berkenaan ketika menulis kenyataan itu.
- Cêpa berkata Hilton menggunakan ancaman menyaman dirinya yang merupakan feminis sebagai strategi pemilihan semula tahun lalu.
- Begitupun, dia tidak pasti mengenai status kesnya pada masa ini dan masih belum menerima sebarang dokumentasi rasmi mengenai dakwaan itu.
LONDON – Disebabkan tersilap melabel ahli politik transgender di Brazil, Erika Hilton sebagai “lelaki”, seorang peguam bela hak wanita bakal dipenjarakan.
Pada 2020, sejurus pemilihan Hilton, Isabella Cêpa membuat kenyataan di Instagramnya mendakwa Hilton adalah “perempuan paling banyak undian” di Brazil.
Menurut Cêpa, dia tidak mengetahui langsung berhubung jantina ahli politik berkenaan ketika menulis kenyataan itu.
“Kecewa mendengar wanita yang paling banyak diundi di São Paulo – adalah seorang lelaki,” demikian kenyataannya di Instagram dua tahun lalu.
Bagaimanapun selepas dua tahun, barulah Cêpa menyedari dia didakwa atas kesalahan tersilap melabel jantina Hilton.
Ibu Cêpa dikesan polis yang menyoal mengenai keberadaan anak perempuannya dan menyuruh dia menyerah diri ke balai polis.
Cêpa berkata Hilton menggunakan ancaman menyaman dirinya yang merupakan feminis sebagai strategi pemilihan semula tahun lalu.
Bercakap kepada Reduxx mengenai pencalonan Hilton ke senarai 100 Wanita BBC, Cêpa melahirkan rasa terhibur.
Begitupun, dia tidak pasti mengenai status kesnya pada masa ini dan masih belum menerima sebarang dokumentasi rasmi mengenai dakwaan itu.
Sumber: Reduxx