Connect with us

Terkini

Lebih 100 kaunselor ditempatkan di PPS bantu tangani emosi mangsa banjir

Lebih 100 kaunselor ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan emosi akibat bencana itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 100 kaunselor ditempatkan di PPS bantu tangani emosi mangsa banjir
Foto: Datuk Seri Nancy Shukri bersama mangsa banjir
  • Lebih 100 kaunselor ditempatkan di PPS untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir terkesan emosi akibat bencana itu.
  • Mereka ditugaskan memberi khidmat kaunseling kepada mangsa.
  • “Kaunselor kita memang sentiasa ada yang ditugaskan di PPS untuk memberi khidmat kaunseling kerana mungkin ada mangsa yang tak dapat menanggung emosi mereka.- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

 

TUMPAT: Lebih 100 kaunselor ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan emosi akibat bencana itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kementerian itu menempatkan kaunselor di negeri terjejas banjir untuk memberi khidmat kaunseling kepada mangsa.

“Kaunselor kita memang sentiasa ada yang ditugaskan di PPS untuk memberi khidmat kaunseling kerana mungkin ada mangsa yang tak dapat menanggung emosi mereka.

“Bagaimanapun, setakat ini, kita tidak menerima apa-apa yang negatif. Semua mangsa dapat menerima ujian kerana kita menyediakan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Terdahulu, Nancy menziarahi keluarga tiga beradik yang maut akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi, Isnin lalu, tiga beradik, Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33 serta dua adiknya, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, maut akibat terkena renjatan elektrik selepas terpegang sebatang tiang yang membawa arus elektrik di rumah jirannya ketika ingin melihat banjir.

Nancy berkata, pihaknya bersedia memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa, terutama ibu bapa tiga beradik perempuan itu memandangkan kejadian itu disifatkan sebagai tragedi yang menyayat hati.

“Tujuan saya datang adalah untuk memberi sokongan moral dan sumbangan kepada keluarga. Pada masa sama, melihat apa intervensi yang boleh dilakukan kementerian.

“Nampaknya mereka okay setakat ini. Yang penting, kita nak keluarga ini tenang dan terus kuat menerima takdir yang berlaku,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *