Connect with us

Terkini

KJ harap Kertas Putih Kesihatan, Dasar GEG diteruskan Dr Zaliha

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan dan Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, dapat diteruskan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KJ harap Kertas Putih Kesihatan, Dasar GEG diteruskan Dr Zaliha
Foto: Khairy Jamaluddin
  • KJ berharap Kertas Putih Kesihatan dan Dasar GEG menerusi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, dapat diteruskan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
  • Menurutnya, kedua-dua perkara dibangkitkan sebelum sesi penyerahan Nota Serah Tugas Bekas Menteri Kesihatan kepada Menteri Kesihatan.
  • “Kertas putih ini penting untuk reformasi sistem kesihatan jangka masa panjang dan ini bukan hasil kerja saya tetapi hasil kerja semua pakar yang terlibat,” kata KJ.
  • Beliau berkata ia penting bagi menampung beban penyakit di masa hadapan terutama dari segi sumber manusia, infrastruktur, kemudahan dan aspek peruntukan.

PUTRAJAYA, 12 Dis (Bernama) — Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan dan Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, dapat diteruskan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Khairy berkata kedua-dua perkara telah dibangkitkan dalam pertemuan sebelum sesi penyerahan Nota Serah Tugas Bekas Menteri Kesihatan kepada Menteri Kesihatan, di sini hari ini.

“Kertas putih ini adalah penting untuk reformasi sistem kesihatan kita untuk jangka masa panjang dan ini bukan hasil kerja saya tetapi hasil kerja semua pakar yang terlibat dalam perbincangan dan juga sesi libat urus yang telah kita buat,” katanya selepas sesi penyerahan Nota Serah Tugas Menteri Kesihatan di sini hari ini.

Beliau berkata Kertas Putih ini penting dalam melaksanakan perubahan terhadap sistem kesihatan awam untuk mengelakkan sumber yang tidak mencukupi bagi menampung beban penyakit di masa hadapan terutama dari segi sumber manusia, infrastruktur, kemudahan dan aspek peruntukan.

 

Sumber:Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *