Connect with us

Terkini

(VIDEO) Pemandu lori treler maut kemalangan lima kenderaan di Nilai

NILAI: Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 280, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi tadi. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemandu lori treler maut kemalangan lima kenderaan di Nilai
Foto: Treler dan lima kenderaan di Kilometer 280, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan

NILAI: Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 280, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi tadi. 

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 pagi. 

“Lima buah kenderaan iaitu dua buah lori treler, dua buah kereta jenis Mitsubishi XPander dan sebuah BMW serta sebuah motosikal terlibat dalam kemalangan itu. 

“Seramai 10 mangsa terlibat yang mana seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga pemandu lori treler maut di lokasi kejadian, empat mangsa turut cedera manakala lima lagi individu lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu menurut kenyataan berkenaan, kesemua mangsa yang maut dan cedera telah dibawa ke hospital menaiki ambulan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM. 

Nahas yang mengakibatkan treler melintang di atas lebuhraya itu turut mengakibatkan kesesakan lebih lima kilometer menuju ke arah selatan.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *