Connect with us

Terkini

Terkait gerakan Kristianisasi, umat Islam dilarang terlibat urus niaga, promosikan syarikat Atomy

Umat Islam dilarang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti urus niaga dan mempromosikan Syarikat Atomy atau apa-apa perniagaan seumpamanya yang menyumbang kepada gerakan anti Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Terkait gerakan Kristianisasi, umat Islam dilarang terlibat urus niaga, promosikan syarikat Atomy
  • Larangan itu berdasarkan Kaedah Fiqhiyyah sadd adz-dzari’ah (Menutup Pintu Kerosakan) bagi elakkan kemudharatan lebih besar kepada agama.
  • Ini berikutan, dapatan kajian berkaitan hukum berurus niaga dengan Syarikat Atomy menunjukkan wujud bukti kukuh berurus niaga dengan Syarikat Atomy boleh beri kesan dan ancaman secara halus kepada akidah umat Islam.
  • Larangan itu didorong pengakuan secara terbuka pengasas dan ahli-ahli Atomy serta aktiviti-aktiviti mereka yang jelas menjurus kepada gerakan Kristianisasi.
  • Kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-120.

KUALA LUMPUR –  Umat Islam dilarang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti urus niaga dan mempromosikan Syarikat Atomy atau apa-apa perniagaan seumpamanya yang menyumbang kepada gerakan anti Islam.

Larangan ini berdasarkan Kaedah Fiqhiyyah sadd adz-dzari’ah (Menutup Pintu Kerosakan) iaitu bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar kepada agama.

Ini berikutan, dapatan kajian berkaitan hukum berurus niaga dengan Syarikat Atomy menunjukkan wujud bukti kukuh bahawa berurus niaga dengan Syarikat Atomy boleh memberi kesan dan ancaman secara halus kepada akidah umat Islam.

Tambahnya, larangan tersebut juga didorong oleh pengakuan secara terbuka pengasas dan ahli-ahli Atomy serta aktiviti-aktiviti mereka yang jelas menjurus kepada gerakan Kristianisasi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-120 mengadakan perbincangan pada 25 Januari 2022 mengenai Hukum Berurus Niaga Bersama Syarikat Atomy Menurut Muamalat Dan Akidah.

Bagaimanapun, Muzakarah berpandangan Islam pada asasnya mengharuskan berurus niaga dengan orang bukan Islam selagi mana tidak melibatkan perkara-perkara ditegah dan diharamkan Islam.  

Begitu juga penggunaan kaedah pemasaran jualan langsung secara Multi-Level Marketing (MLM), ianya juga diharuskan sekiranya tidak mengandungi unsur-unsur penipuan dan gharar.

Mei tahun lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa beberapa perbincangan dan tindakan telah dilaksanakan bagi mengumpul maklumat-maklumat berkaitan dengan kerjasama pelbagai pihak berhubung syarikat Atomy.

Tindakan tersebut ekoran sebelum ini, seorang individu dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh membangkitkan isu berkaitan syarikat itu menerusi hantaran di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Dia meminta supaya Jakim memberi kenyataan yang jelas mengenai syarikat Atomy yang didakwa menyokong aktiviti Kristianisasi.

Malah, dia juga mahu ketetapan dibuat segera bagi mengelak lebih ramai orang awam khususnya umat Islam terbabit dengan syarikat berkenaan.  – The Merdeka Times

Sumber : Portal i-fiqh

 

 

Author