Connect with us

Terkini

‘Setiap agama ada agenda, termasuk Kristian yang mahu mengkristiankan bukan penganutnya’ – Firdaus Wong

Setiap agama ada agendanya tersendiri kerana agama yang tiada agenda bukanlah agama dalam erti kata sebenar, kata Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Firdaus Wong
Foto: Firdaus Wong Wai Hung.
  • “Saya secara peribadi tidak takut agenda Kristianisasi kerana sebagaimana saya sebut, setiap agama ada agenda tersendiri begitu juga agama Kristian.”
  • “Malahan berkali-kali dalam ceramah saya mengatakan orang Kristian yang benar-benar Kristian pasti mahu mengKristiankan orang bukan Kristian kerana mereka percaya agama Kristian adalah satu-satunya agama yang benar! Saya pula meyakini Islam sebagai SATU-SATUNYA AGAMA YANG BENAR!” – Firdaus Wong Wai Hung
  • Merujuk buku ‘Vision 2020 : A Malaysian Christian Response – Theoloji Wawasan 2020’ terbitan Julai 1992, Firdaus Wong mendakwa dalam nukilan itu terdapat segala perancangan Kristian yang beri respon kepada Wawasan 2020 dilancarkan PM pada masa itu.
  • Antara perancangan Kristian adalah memasukkan lebih ramai misionari Kristian di dalam parti politik serta menginjilkan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Setiap agama ada agendanya tersendiri kerana agama yang tiada agenda bukanlah agama dalam erti kata sebenar, kata Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung

Firdaus Wong berkata demikian ketika mengulas berkenaan kenyataan Council of Churches Malaysia yang menafikan dakwaan Muhyiddin Yassin bahawa wujud agenda Kristianisasi di Malaysia.

Menurut pendakwah bebas itu, seorang Muslim tidak sempurna imannya andai Nabi SAW tidak dicintai melebihi segala-galanya dan antara tanda kecintaan itu adalah ‘ittiba’ (mengikuti) Nabi dalam berdakwah kepada mereka yang belum Muslim agar mereka dikurniakan hidayah.

“Islam ada agendanya dan agenda Islam bukannya rahsia kerana khutbah disiarkan dan boleh didengari semua.”

“Percaya atau tidak, itu terpulang. Saya bukannya ahli mahupun penyokong mana-mana parti ataupun gabungan parti baik BN, PN & PH. None of them. Ramai sahabat saya dari BN, PN, PH, GTA hatta ada yang menjadi calon bebas untuk bertanding.”

“Saya secara peribadi tidak takut akan agenda Kristianisasi kerana sebagaimana saya sebut, setiap agama ada agendanya yang tersendiri begitu juga dengan agama Kristian.”

“Malahan berkali-kali dalam ceramah saya mengatakan orang Kristian yang benar-benar Kristian pasti mahu mengKristiankan orang bukan Kristian kerana mereka percaya agama Kristian adalah satu-satunya agama yang benar! Saya pula meyakini Islam sebagai SATU-SATUNYA AGAMA YANG BENAR!” kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Council of Churches Malaysia (CCM) menafikan dakwaan bahawa mereka mempunyai perancangan untuk mengKristiankan Malaysia dan perkara tersebut menimbulkan persoalan adakah benar penafian itu.

Merujuk kepada sebuah buku bertajuk “Vision 2020 : A Malaysian Christian Response – Theoloji Wawasan 2020” terbitan Julai 1992, Firdaus Wong mendakwa dalam nukilan tersebut terdapat segala perancangan Kristian yang memberi respon kepada Wawasan 2020 yang dilancarkan PM pada masa itu.

Katanya,  antara perancangan Kristian adalah memasukkan lebih ramai missionari Kristian di dalam parti politik serta menginjilkan Malaysia.

Dakwaan itu merujuk dari nukilan tersebut iaitu di halaman 103; “Basically the church has a one and only mission:- to evangelize. That is the commandment of our Lord (Matthew 28:19)…. In an affluent, educated and multiracial society evangelisation is very difficult. But still we must obey the Commandment! The future, though looks tough, is in fact a golden opportunity to evangelize Malaysia.

Petikan di atas memberi maksud, ‘Secara asasnya, gereja hanya memiliki satu misi iaitu: penginjilan! Itulah perintah Tuhan kita (Matius 28:19)…. Di dalam masyarakat berbilang bangsa, berpendidikan dan serba mewah, penginjilan adalah sangat sukar. Namun kita mesti mematuhi perintah itu (penginjilan). Masa depan kelihatan sukar tetapi hakikatnya ianya adakah masa keemasan untuk menginjilkan Malaysia.’

Firdaus Wong mendedahkan terdapat juga pengakuan dari salah sebuah laman sesawang Missionari Kristian yang memfokuskan usaha pendakyahan kepada Muslim di Malaysia iaitu, “to reach out to the Muslim population.”

Beliau turut berkongsi bahawa terdapat beberapa missionari dalam dan luar negara yang secara terbuka mengajak Muslim untuk masuk agama Kristian yang pernah NGO tersebut dedahkan sebelum ini.

“Sebelum ada sahabat yang marah dan cuba memprovokasi, setiap agama ada agendanya. Tidak perlu malu dan menafikannya kalau ianya benar.. Saya tidak takut salib mahupun Kristianisasi. Saya hanya menjunjung Rukun Negara; ‘Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang’.

“Adakah menyebarkan agama selain Islam kepada Muslim di Malaysia sesuatu yang mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan mendaulatkan undang-undang atau bercanggah?”

“Saya tidak berminat dengan kenyataan ahli politik yang memainkan isu ini pada musim PRU. Kami di MRM konsisten dalam isu begini,” katanya yang turut berkongsikan beberapa link terkait dengan pendedahan ataupun dakwaan yang dibuat;

Dakyah di Putrajaya – https://www.facebook.com/285669801544013/posts/2545782758866028/?d=n&mibextid=qC1gEa

Dakyah di kampung Orang Asli Perak – https://www.facebook.com/285669801544013/posts/2538502362927401/?d=n&mibextid=qC1gEa

Video pengakuan dakyah di Kg Orang Asli – https://fb.watch/gTeFavTz6M/?mibextid=qC1gEa

Video dakyah terbuka di KLCC – https://fb.watch/gTeIaCEUWH/?mibextid=qC1gEa

Dakyah secara terbuka di Hospital Sg Buloh – https://www.facebook.com/285669801544013/posts/2565610026883301/?d=n&mibextid=qC1gEa

Video pendedahan dalang agenda Kristianisasi – https://fb.watch/gTePfLUsie/

Dakyah di universiti Malaysia kepada pelajar Muslim – https://fb.watch/gTeRMNZXNX/?mibextid=qC1gEa

Video Missionari “Jesus Christ is a King over Malaysia” – https://fb.watch/gTeUfxQgyi/

Video bukti-bukti Kristianisasi 2020 – https://fb.watch/gTfaPaCUrN/

Video Kristian Dominionisme di Malaysia – https://fb.watch/gTfdrlbXKZ/?mibextid=qC1gEa

Video dakyah kepada Muslim secara terbuka di KL – https://fb.watch/gTffLTMTkP/?mibextid=qC1gEa

Sumber :Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *