Connect with us

Terkini

Selepas profesor, kini 102 NGO Melayu Islam pula sokong Anwar jadi PM

Sebanyak 102 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Jaringan NGO Melayu Islam menyatakan pendirian menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Ke-10.

Wartawan TMT

Published

on

Selepas profesor, kini 102 NGO Melayu Islam pula sokong Anwar jadi PM
Foto: Mohd Azmi (depan kanan) pada sidang media di Bangi
  • Jurucakap mereka, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata Anwar adalah tokoh paling layak dipilih memimpin Malaysia keluar daripada krisis ekonomi, kebejatan tadbir urus, membanteras rasuah, atasi sentimen perkauman serta banteras penyelewengan kuasa.
  • Seramai 58 tokoh akademik, agamawan dan aktivis politik turut sokong sama.
  • Anwar miliki pengalaman luas dalam pengurusan kewangan negara dan ia terbukti ketika beliau jawat jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun bermula 1991 hingga 1998 sehingga diiktiraf di peringkat dunia.
  • “Kecemerlangan perkhidmatan beliau juga sangat diperakui sebagai ahli Parlimen dan pelbagai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Belia dan Sukan, Pertanian, Pendidikan, Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” – Jurucakap mereka

 

BANGI – Sebanyak 102 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Jaringan NGO Melayu Islam menyatakan pendirian menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Ke-10.

Jurucakap mereka, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata Anwar adalah tokoh yang paling layak untuk dipilih bagi memimpin Malaysia keluar daripada krisis ekonomi, kebejatan tadbir urus, membanteras rasuah, mengatasi sentimen perkauman serta membanteras penyelewengan kuasa.

“Kami menerima perjuangan Anwar yang sentiasa menyuarakan soal akauntabiliti terhadap kepincangan pengurusan khazanah negara oleh golongan elit dengan amalan kronisme dan nepotisme yang berleluasa.

“Anwar juga secara konsisten menyuarakan isu kemiskinan rakyat merentas kaum dan nasib golongan bawahan dalam kalangan petani, nelayan, pekebun, pesawah, buruh kasar dan peniaga kecil.

“Golongan bawahan ini terus-menerus terhimpit dengan pendapatan yang rendah dan kualiti hidup yang tertekan,” kata Mohd Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) pada sidang media di sini, hari ini.

NGO lain yang terlibat adalah Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA), Pertubuhan Ihya Ulum Munawwrah, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar dan Tadbir Urus dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia.

Selain NGO, seramai 58 tokoh akademik, agamawan dan aktivis politik turut menyatakan sokongan sama.

Mohd Azmi berkata, Anwar memiliki pengalaman yang luas dalam pengurusan kewangan negara dan ia terbukti ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun bermula 1991 hingga 1998 sehingga diiktiraf di peringkat dunia.

Katanya, sebagai Menteri Kewangan, Anwar berjaya mengatasi isu hutang negara serta menangani isu belanjawan negara dengan menghasilkan bajet lebihan selama lapan tahun berturut-turut.

“Kecemerlangan perkhidmatan beliau juga sangat diperakui sebagai ahli Parlimen dan pelbagai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Belia dan Sukan, Pertanian, Pendidikan, Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Azmi, berkata pihaknya juga menghargai penegasan Anwar untuk mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi kedudukan Islam, hak istimewa Bumiputera, kedudukan bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Mengenai peluang PH mendapat majoriti mudah 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan, beliau berpandangan, sokongan rakyat kepada gabungan itu nampak baik.

“Selepas Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri, kami akan bertindak sebagai pemantau. Kami akan tengok bagi pihak rakyat untuk semak dan imbang dalam pentadbirannya kelak,” katanya.

Pengerusi SUARA, Datuk Hadzir Md Zain pula berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan Anwar sekiranya dilantik menjadi Perdana Mneteri Perdana Menteri adalah mengatasi masalah ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran negara.

“Saya berkhidmat selama 34 tahun sebagai penjawat awam, banyak masalah ketirisan. Contohnya peruntukan dalam bajet diumumkan besar, tetapi yang sampai kepada rakyat sangat kecil,” dakwanya.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tahanan rakyat Palestin Tebing Barat meningkat daripada 5,200 kepada 9,500 tahanan

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.
  • Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.
  • Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.
  • Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.
  • Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.

Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.

Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.

Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Mereka yang ditangkap dan ditahan semula selepas 7 Oktober tahun lalu dikenakan layanan lebih tidak berperikemanusiaan daripada apa yang dihadapi penduduk Palestin di penjara Israel pada masa lalu.

Warga Palestin yang pernah ditahan di bawah tahanan pentadbiran, Nada, 24, memberitahu Al Jazeera pengalamannya.

Beliau berdepan situasi sama teruk dalam penahanan kali keduanya. Matanya ditutup untuk tempoh yang lama setiap hari, dihalang daripada ke tandas atau mandi oleh pengawal yang akan bertindak menghinanya, dan memberikan gelaran kepadanya seperti “anjing”.

“Mereka tidak melayan kamu seperti manusia di dalam penjara. Mereka melayan kamu seperti haiwan,” kata Nada. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending