Antarabangsa
Penganut Kristian mangsa jenayah kebencian pelampau Hindutva di Uttar Pradesh dan Tamil Nadu
Menurut Litigasi Kepentingan Awam (PIL) difailkan di Mahkamah Agung oleh sekumpulan pertubuhan Kristian pada Ogos lalu, Tamil Nadu menyaksikan jumlah jenayah kebencian yang tinggi dan membimbangkan terhadap penganut dan institusi Kristian sejak 2014, iaitu selepas Perdana Menteri Narendra Modi memegang tampuk kuasa.

- Sejak Perdana Menteri Narendra Modi mengambil alih kuasa pada 2014, wilayah Tamil Nadu mencatatkan kes jenayah kebencian terhadap penganut Kristian yang tinggi.
- Penganut Kristian menjadi sasaran pelampau Hindutva atas alasan mereka menukar agama penduduk tempatan.
- Tamil Nadu dan Uttar Pradesh adalah dua wilayah tertinggi berlakunya jenayah tersebut pada 2019 – statistik UCF
Menurut Litigasi Kepentingan Awam (PIL) difailkan di Mahkamah Agung oleh sekumpulan pertubuhan Kristian pada Ogos lalu, Tamil Nadu menyaksikan jumlah jenayah kebencian yang tinggi dan membimbangkan terhadap penganut dan institusi Kristian sejak 2014, iaitu selepas Perdana Menteri Narendra Modi memegang tampuk kuasa.
The News Minute melaporkan tinjauan mereka bukan sahaja mendapati kesan jelas ideologi kebencian di kawasan pedalaman negeri tetapi juga menemui kes di mana polis dan birokrasi turut bermusuhan dengan mubaligh.
Statistik dikeluarkan United Christian Forum (UCF) menunjukkan Uttar Pradesh dan Tamil Nadu merupakan dua wilayah tertinggi menyaksikan jenayah kebencian terhadap penganut Kristian pada 2019.
Di Tamil Nadu, 227 kejadian jenayah kebencian direkodkan antara 2014 dan 2022 di mana komuniti Kristian, paderi dan gereja menjadi sasaran pelampau Hindutva.
Antara tindakan termasuklah mengganggu aktiviti ibadah dan menyerang penganut, paderi dan ahli keluarga mereka serta merosakkan gereja.
Paderi turut diusir dari ruang yang mereka sewa untuk aktiviti ibadah dan diserang pelampau Hindutva atas tuduhan menukar agama.
Modus operandi serangan di daerah itu adalah hampir sama.
Pelampau Hindutva akan mengenal pasti gereja atau perkhidmatan doa, menghasut penduduk di kejiranan terbabit, mengepung dan menyerang gereja, paderi, keluarga mereka dan ruang ibadat, kemudian melibatkan polis dan memaksa tuan tanah mengusir mereka dari premis dengan mengancam keganasan selanjutnya.
Sumber: The News Minute

You must be logged in to post a comment Login