Connect with us

Antarabangsa

Lebih 200,000 transgender berdepan risiko tidak boleh mengundi di AS

Menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) Selasa depan, lebih 200,000 golongan transgender di negara itu berkemungkinan disekat dari mengundi kerana isu pengenalan diri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 200,000 transgender berdepan risiko tidak boleh mengundi di AS
Foto: NBC News.
  • Lebih 200,000 transgender berdepan risiko tidak boleh mengundi di pilihan raya Amerika Syarikat (AS) Selasa depan (8 November 2022).
  • Menurut Persidangan Kebangsaan Dewan Undangan Negeri, 35 negeri memerlukan pengundi menunjukkan beberapa jenis dokumen pengenalan diri untuk pilihan raya 2022 dan lapan daripadanya sangat tegas dengan gambar pengenalan diri.
  • Sejak pilihan raya 2020, 12 negeri di AS menggubal undang-undang pengenalan diri pengundi lebih ketat.

Menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) Selasa depan, lebih 200,000 golongan transgender di negara itu berkemungkinan disekat dari mengundi kerana isu pengenalan diri.

NBC melaporkan ramai golongan itu tidak dibenarkan mengundi pada pilihanraya terdahulu akibat identiti jantina tidak sama dengan identiti yang didaftarkan dalam dokumen pengenalan diri mereka.

Selain itu, rupa paras mereka yang tidak sepadan dengan gambar di pengenalan diri turut diambil kira.

Menurut Persidangan Kebangsaan Dewan Undangan Negeri di negara kuasa besar itu, undang-undang pengenalan pengundi di AS adalah berbeza mengikut negeri.  

Terdapat 35 negeri memerlukan pengundi menunjukkan beberapa jenis dokumen pengenalan diri untuk pilihan raya 2022.

Lapan daripada negeri itu juga mempunyai peraturan gambar pengenalan diri yang ketat.

Antaranya di negeri Tennessee, di mana pengundi dikehendaki menunjukkan gambar pengenalan diri yang dikeluarkan kerajaan. 

Gambar pengenalan diri pelajar tidak boleh diterima.

Sementara itu di 15 negeri tanpa undang-undang tersebut, identiti pengundi biasanya disahkan melalui semakan maklumat pendaftaran pengundi mereka,

Menurut organisasi hak mengundi bukan partisan, VoteRiders, 12 negeri menggubal undang-undang pengenalan diri pengundi yang lebih ketat sejak pilihan raya 2020.

Sumber: NBC News

Author