Antarabangsa
Guru transgender dicutikan selepas video tidak bermoral dengan pelajar tular
Seorang guru transgender di Anne Arundel County, Maryland diberikan cuti tanpa had selepas kegiatan tidak bermoral bersama dengan pelajarnya terbongkar.

- Guru transgender di Sekolah Tinggi Chesapeake, Willa Hoard dikenakan cuti tanpa had selepas kegiatan tidak bermoral bersama dengan pelajarnya terbongkar.
- Pada 2 November lalu, rakaman video tidak senonoh di bilik darjah Hoard yang merupakan penggerak Kelab Gay-Straight Alliance (GSA) mula ditularkan melalui platform Twitter yang pertama kalinya dimuat naik asal di Facebook.
- Video itu memaparkan dua pelajar yang dilihat berbaring di atas tanah bersama-sama dengan melakukan aksi tidak senonoh selain satu klip lagi menunjukkan seorang pelajar menghisap perut pelajar lain.
- Tidak cukup dengan itu, Hoard juga berhubung dengan pelajar melalui saluran yang tidak dipantau seperti Discord, Instagram dan Facebook yang secara terang-terangan melanggar etika penjaga.
AMERIKA SYARIKAT – Seorang guru transgender di Anne Arundel County, Maryland diberikan cuti tanpa had selepas kegiatan tidak bermoral bersama dengan pelajarnya terbongkar.
Willa Hoard atau nama samarannya, Billie merupakan seorang guru Pengajian Sosial di Sekolah Tinggi Chesapeake dan mengelola Kelab Gay-Straight Alliance (GSA) di sekolah itu.
Pada 3 Oktober lalu, dia diberikan cuti tanpa had oleh pihak sekolah dengan beberapa butiran terhad diberikan kepada ibu bapa pada masa itu.
Pada 2 November lalu, rakaman video tidak senonoh di bilik darjah Hoard mula ditularkan melalui platform Twitter yang pada mulanya dimuat naik di Facebook.
Video itu memaparkan dua pelajar yang dilihat berbaring di atas tanah bersama-sama dengan melakukan aksi tidak senonoh selain satu klip lagi menunjukkan seorang pelajar menghisap perut pelajar lain.
Kedua-dua klip itu dirakam semasa Hoard berada di dalam bilik darjah, namun selaku guru dia tidak mengambil berat dengan perlakuan tidak bermoral itu.
Bilik darjah Hoard dilabelkan sebagai ‘tempat selamat’ untuk ‘pelajar LGBTQ+’ dan jika pelajar memerlukan ‘tempat selamat’, mereka boleh pergi ke situ.
Tidak cukup dengan itu, Hoard juga berhubung dengan pelajar melalui saluran yang tidak dipantau seperti Discord, Instagram dan Facebook yang secara terang-terangan melanggar etika penjaga.
Menurut seorang ibu, Kristy Rush tingkah laku anaknya, Lulu mula berubah selepas menyertai kelab GSA.
Rush juga menyiarkan beberapa kenyataan mengenai Hoard dan GSA di Facebooknya, termasuk video aktiviti yang didakwa berlaku dalam bilik darjah Hoard.
Walaupun Hoard tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah, terdapat dakwaan pelajar masih berhubung dengannya melalui saluran peribadi seperti TikTok dan Instagram.
Sumber: Reduxx

You must be logged in to post a comment Login