Antarabangsa
FDA beri amaran bahaya penggunaan pil gugur janin kepada wanita tidak hamil
Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang bahaya penggunaan ubat menggugurkan janin kepada wanita sebelum mereka hamil, selepas ia sebelum ini memberi kelonggaran sekatan ke atas penggunaan ubat itu.

- FDA memberi amaran tentang bahaya memberi ubat untuk menggugurkan janin kepada wanita sebelum mereka hamil, selepas ia sebelum ini melonggarkan sekatan ke atas ubat itu.
- Jurucakap FDA sebelum itu dilaporkan berkata badan kawal selia itu menarik balik sekatan ke atas pengedaran pil jenis ‘mifepristone’ pada Disember lalu.
- Felo Kanan dan Pengarah Hal Ehwal Perubatan Charlotte Lozier Institute (CLI), Dr Ingrid Skop, terkejut dengan kenyataan FDA.
- Menurutnya, pil itu gagal berfungsi dengan baik selepas kandungan berusia kira-kira 10 minggu dan kandungan luar rahim.
AMERIKA SYARIKAT – Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang bahaya penggunaan ubat menggugurkan janin kepada wanita sebelum mereka hamil, selepas ia sebelum ini memberi kelonggaran sekatan ke atas penggunaan ubat itu.
Jurucakap FDA sebelum ini dilaporkan berkata badan itu menarik balik sekatan ke atas pengedaran pil jenis ‘mifepristone’ pada Disember lalu.
Keputusan itu memberi kuasa kepada doktor untuk memberikan ubat secara dalam talian dan menghantar pil, membolehkan wanita hamil melakukan pengguguran awal hanya di rumah sahaja.
Felo Kanan dan Pengarah Hal Ehwal Perubatan Charlotte Lozier Institute (CLI), Dr Ingrid Skop kerkejut dengan kenyataan terbaru daripada FDA mengenai bahaya ubat itu diberikan kepada wanita sebelum hamil.
“Saya terkejut mendengar FDA mengatakan ini kerana Disember lalu apabila mereka meluluskan mifepristone tanpa preskripsi secara peribadi, kemudian jadi begini,” katanya seperti dipetik Catholic News Agency.
Mengenai wanita hamil yang mengambil pil ‘mifepristone’, FDA bimbang jika ia menjejaskan kandungan normal, ektopik dan mengganggu umur bayi dalam kandungan.
Skop juga menyatakan kebimbangan yang sama tentang wanita yang menggunakan ‘mifepristone’ apabila ia tidak dipreskripsikan pakar.
Menurutnya, pil itu gagal berfungsi dengan baik selepas kandungan berusia kira-kira 10 minggu dan kandungan luar rahim.
Situasi itu boleh menyebabkan tiub fallopio pecah dan mengancam nyawa ibu mengandung, sekali gus menjadi punca kematian yang biasa.
Satu lagi kebimbangan ialah orang yang membeli pil itu mungkin bukan orang yang akan mengambilnya.
Sumber: Catholic News Agency

You must be logged in to post a comment Login