Antarabangsa
Atas dasar privasi, penjenayah transgender boleh sorok rekod jenayah lampau?
Penjenayah yang mendakwa mereka transgender boleh menyembunyikan rekod jenayah lampau dan mengelakkan dari diselidik apabila memohon untuk bekerja dengan kanak-kanak, demikian pendedahan The Telegraph.

- Penjenayah boleh sembunyikan rekod jenayah lampau jika mereka ubah jantina mereka.
- Selain merahsiakan nama sebenar, rekod jenayah lampau atas nama asal mereka tidak boleh diselidik majikan.
- Menurut laporan Keep Prison Single Sex, undang-undang ini membuka peluang besar bagi penjenayah untuk menyalahgunakannya.
- Undang-undang ini dianggap membahayakan terutamanya jika penjenayah memohon pekerjaan yang melibatkan kanak-kanak.
- Menteri-menteri di UK sedang mengkaji kelemahan undang-undang ini, namun masih enggan mempertimbangkan isu yang dicipta oleh perubahan jantina.
Penjenayah yang mendakwa mereka transgender boleh menyembunyikan rekod jenayah lampau dan mengelakkan dari diselidik apabila memohon untuk bekerja dengan kanak-kanak, demikian pendedahan The Telegraph.
Lelaki yang mengaku diri sebagai wanita atau sebaliknya, boleh merahsiakan nama sebenar dan jantina mereka ketika memohon pekerjaan termasuk di sekolah, taska dan hospital.
Menurut laporan Keep Prison Single Sex, semakan rekod jenayah hanya dijalankan ke atas identiti terdahulu jika individu itu memberitahu pegawai masa lalu mereka secara peribadi.
Ini bermakna penjenayah boleh berbohong sama ada mereka telah menukar nama mereka bagi mengelakkan rekod mereka diketahui.
Kerana sekatan privasi, proses khas yang disediakan untuk transgender tidak membenarkan majikan menyemak identiti lampau seseorang melalui Perkhidmatan Pendedahan dan Sekatan (DBS) walaupun mengesyakinya menukar jantina.
Laporan itu memberi amaran bahawa sistem itu boleh disalahgunakan penjenayah untuk mendapatkan akses kepada kanak-kanak dan golongan muda terdedah.
Salah seorang pengarang laporan itu berkata ia mewujudkan “peluang besar” yang membolehkan orang ramai “menghapuskan identiti mereka sebelum ini”.
Contohnya dalam kes pembunuhan Jessica Chapman dan Holly Wells di Soham, England pada 2003.
Ian Huntley yang membunuh dua kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah sekolah selepas menukar nama dan menyembunyikan identiti sebenarnya daripada pemeriksaan rekod jenayah.
Menteri-menteri di United Kingdom (UK) sedang mengkaji kelemahan dalam undang-undang ini, namun setakat ini masih enggan mempertimbangkan isu yang dicipta oleh perubahan jantina.
Pertukaran nama dan jantina itu memberi satu lapisan privasi tambahan yang mana majikan tidak akan diberitahu atau dapat mengesahkan identiti lampau individu berkenaan telah disemak.
Membenarkan penukaran jantina kelahiran juga memberikan risiko tertentu termasuk perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak dan mungkin menghalang majikan daripada menyediakan penjagaan jantina tunggal.
Sumber: Telegraph UK
