Connect with us

Terkini

UMNO pikat pengundi dengan kempen positif, tampil wajah baru

Umno akan mengemukakan muka baharu dan melaksanakan “kempen positif” bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) susulan kejayaan pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

UMNO pikat pengundi dengan kempen positif, tampil wajah baru
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil.
  • UMNO memaparkan wajah baru dalam melaksanakan “Kempen positif” bagi tujuan (BN) dalam memenangi (PRU15).
  • “Salah satu adalah mengetengahkan muka-muka baharu dan kita ambil risiko itu di Melaka dan kita telah berjaya menang 3/4,”- Isham Jalil.
  • Kempen ini diambil serius susulan kejayaan (BN) pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

PETALING JAYA: UMNO akan mengemukakan muka baharu dan melaksanakan “kempen positif” bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) susulan kejayaan pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil, berkata pimpinan tertinggi parti komited mengemukakan muka baharu dan muda sebagai calon pada pilihan raya walaupun mengakui tindakan itu bukan tradisi parti.

“Kita tak ambil risiko macam itu, tetapi lepas PRU14 itu banyak perubahan dan pembaharuan yang kita buat,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

“Salah satu adalah mengetengahkan muka-muka baharu dan kita ambil risiko itu di Melaka dan kita telah berjaya menang 3/4, jadi maksudnya apa? Maksudnya kombinasi antara calon muka baharu dengan ‘branding’ (penjenamaan) UMNO dengan BN yang kita bawa selepas PRU14 kombinasi itu yang telah atau yang akan membawa kejayaan.”

Katanya, BN juga melakukan perkara sama di Johor selepas mengemukakan 70 peratus calon baharu pada pilihan raya negeri dengan gabungan itu memenangi dua pertiga majoriti atau menguasai 40 daripada 56 kerusi ditandingi.

Isham yang juga pernah dilantik sebagai penasihat komunikasi BN pada pilihan raya negeri Melaka, berkata gabungan itu telah menekankan “kempen positif” pada pilihan raya itu.

Katanya, beliau mahu terus membawa pendekatan itu pada PRU15 menerusi penekanan kepada politik baharu untuk negara ini.

“Pada saya politik Malaysia ini toksik terlampau banyak ‘negativity’ jadi BN bawa politik positif…kita bagi tahu rakyat apa kita nak buat dan negativity itu kita jawab, tapi kita stay positif bagi tahu rakyat apa kita nak buat sebab saya kata kita jangan lawan fitnah dengan fitnah, kita lawan fitnah dengan fakta.”

Isham mengakui cabaran bagi BN adalah menang di kawasan bandar dan yakin gabungan itu perlu menembusi kawasan terbabit tanpa semata-mata Katanya, BN perlu memenangi “hati dan minda” penduduk bandar, sambil menambah mereka juga tidak terkecuali berdepan masalah sejak dua tahun tahun lalu.

“Masa Covid itu hari…yang banyak tekanan berlaku kepada rakyat di kawasan bandar, jadi kawasan bandar yang hilang kerja dulu, orang muda yang tiada kerja di kawasan bandar, hari ini, lebih kurang 700,000 orang yang tiada kerja kebanyakan mereka lebih 70 peratus adalah penduduk di kawasan bandar.”

Sumber : Free Malaysia Today 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *