Connect with us

Antarabangsa

Tiga ahli keluarga Dalit ditembak mati lelaki Hindu kasta atasan

Seorang lelaki Dalit berusia 32 tahun dan ibu bapanya ditembak mati lelaki Hindu kasta atas di Damoh, Madhya Pradesh pada Selasa lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiga ahli keluarga Dalit ditembak mati lelaki Hindu kasta atasan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki Dalit/Paria dan ibu bapanya ditembak mati lelaki Hindu kasta atasan di Damoh, Madhya Pradesh pada Selasa lalu.
  • Insiden berlaku selepas lelaki Dalit itu didakwa mengintai isteri individu kasta atasan terbabit.
  • Keluarga mangsa (Ahirwar) yang meninggal dunia termasuk bapanya, Ghamandi Ahirwar, 60; ibunya, Rajpyari, 58; dan abang mangsa, Manak Ahirwar.
  • Kira-kira 25 orang komuniti Patel menyerang keluarga mangsa dengan bertindak memasuki rumah mereka secara paksa. 
  • Penyerang kumpulan itu membawa senjata api dan senjata tajam, menyaksikan Ibu bapa mangsa ditembak mati di tempat kejadian.

INDIA – Seorang lelaki Dalit berusia 32 tahun dan ibu bapanya ditembak mati lelaki Hindu kasta atas di Damoh, Madhya Pradesh pada Selasa lalu.

Insiden berlaku selepas lelaki Dalit itu didakwa mengintai isteri individu kasta atasan itu, lapor PTI dipetik Maktoob Media.

Keluarga mangsa (Ahirwar) yang meninggal dunia termasuk bapanya, Ghamandi Ahirwar, 60; ibunya, Rajpyari, 58; dan abang mangsa, Manak Ahirwar.

Adik mangsa, Mahesh Ahirwar berkata, kira-kira 25 individu dari komuniti Patel menyerang keluarganya dengan bertindak memasuki rumah mereka secara paksa. 

Penyerang kumpulan itu membawa senjata api dan senjata tajam.

Ibu dan bapa Ahirwar ditembak di tempat kejadian dan Mahesh juga dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan kritikal.

Bagaimanapun, tertuduh utama Jagdish Patel ditangkap di kampung berhampiran pada Selasa, manakala lima lagi tertuduh masih melarikan diri.

Polis memfailkan laporan maklumat pertama terhadap Patel dan tertuduh lain atas tuduhan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India serta Akta Kasta Terjadual dan Suku Terjadual (Pencegahan Kekejaman).

“Saya menuntut siasatan peringkat tertinggi mengenai insiden ini daripada kerajaan,” kata Bekas Ketua Menteri dan pemimpin Kongres, Kamal Nath yang melahirkan rasa dukacita atas insiden itu.

“Insiden ini mendedahkan kegagalan kerajaan Parti Bharatiya Janata di Madhya Pradesh dari segi undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan orang miskin, Dalit, suku kaum dan wanita,” kata Presiden Parti Bahujan Samaj Mayawati juga memohon tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki yang dituduh. 

Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.

Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.

Sumber: Maktoob Media 

 

Author