Connect with us

Antarabangsa

Pekerja wanita di stesen penyelidikan Antartika didiskriminasi dan alami gangguan seksual

Baru-baru ini Divisyen Antartika Australia (AAD) mengeluarkan satu laporan yang mendedahkan wanita Australia yang bekerja di stesen penyelidikan di Antartika mengalami gangguan seksual yang teruk dalam bidang yang didominasi lelaki.

Wartawan TMT

Published

on

Pekerja wanita di stesen penyelidikan Antartika didiskriminasi dan alami gangguan seksual
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pekerja wanita berasa tidak selamat di dalam kem yang didominasi lelaki.
  • Diminta melakukan seks, disentuh tanpa rela, diperlihatkan bahan lucah, dihina secara seksual.
  • Terpaksa menyembunyikan kitaran haid kerana bimbang dianggap tidak cekap.
  • Kekurangan barangan bekalan penjagaan haid sehingga terpaksa mencatu.

Baru-baru ini Divisyen Antartika Australia (AAD) mengeluarkan satu laporan yang mendedahkan wanita Australia yang bekerja di stesen penyelidikan di Antartika mengalami gangguan seksual yang teruk dalam bidang yang didominasi lelaki.

Menurut laporan tersebut berdasarkan tinjauan di stesen penyelidikan Antartika, mereka mengalami gangguan dalam bentuk permintaan untuk melakukan hubungan seks, disentuh tanpa kerelaan, paparan bahan lucah dan penghinaan berasaskan seks.

Sebahagian wanita di sana juga  terpaksa menyembunyikan kitaran haid mereka semasa dalam misi lapangan kerana tidak mahu dianggap tidak cekap oleh rakan sekerja lelaki.

Lebih memburukkan keadaan, mereka terpaksa mencatu barangan penjagaan haid seperti tampon dan adakalanya melakukan improvisasi akibat kekurangan barangan tersebut. Demikian pendedahan laporan AAD.

Terdapat empat stesen penyelidikan AAD yang beroperasi di bandar-bandar kecil Antartika dan sub-Antartika.

Penulis laporan tersebut, Meredith Nash mendakwa adalah tidak beretika untuk terus menghantar kaum wanita ke stesen tersebut selagi keselamatan mereka tidak terjamin.

Sumber: Independent UK

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending