Connect with us

Terkini

PAS tidak halang bukan Islam amalkan agama mereka – DHPP

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tiada halangan untuk agama lain diamalkan, bahkan lebih bebas dalam isu ini, demikian jawapan K Kumaresan, Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung (DHPP) PAS Kedah ketika ditemubual.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PAS tidak halang bukan Islam amalkan agama mereka - DHPP
  • “PAS tiada halangan agama lain diamalkan, bahkan lebih bebas dalam isu ini,” kata Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung (DHPP) PAS Kedah, K Kumaresan.
  • Katanya, inisiatif PAS membuatnya berasa senang mempraktiskan agamanya sendiri, selain turut beri kesedaran perlunya turut bersama perkasakan agama masing-masing.
  • Selepas sertai dan bergaul dengan orang-orang parti PAS, beliau melihat sendiri bagaimana parti tersebut menitik beratkan apa yang ada di dalam agama Islam, seperti apa diperjuangkan dan nilai-nilai baik perlu diikuti.
  • Segelintir tidak memahami prinsip perjuangan PAS, akan keliru sedangkan tidak ada istilah PAS halang agama lain diamalkan.

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2022 – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tiada halangan untuk agama lain diamalkan, bahkan lebih bebas dalam isu ini, demikian jawapan K Kumaresan, Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung (DHPP) PAS Kedah ketika ditemubual.

Tambah beliau, inisiatif PAS ini telah membuatnya berasa senang untuk mempraktiskan agamanya sendiri, selain turut memberi kesedaran kepada beliau bahawa perlunya turut bersama memperkasakan agama masing-masing.

“PAS ambil inisiatif memperkasakan Islam. Saya juga perlu bersama memperkasa kaum sendiri.”

Tambah beliau, selepas menyertai dan bergaul dengan orang-orang parti PAS, beliau dapat melihat sendiri bagaimana parti tersebut menitik beratkan tentang apa yang ada di dalam agama Islam, seperti apa yang perlu diperjuangkan dan nilai-nilai baik yang perlu diikuti.

Justeru, “Saya pun mula terfikir, kita pun perlu ikut apa yang diberitahu oleh agama masing-masing tidak kiralah dia Budhha ke, Hindu ke. Masing-masing perlu menghayati agama mereka.”

K Kumaresan menambah, beliau sebelum ini tidak hairan kerana hanya sekadar mengikuti parti tersebut tanpa mengambil tahu inisiatif dan perjuangan yang dibawa oleh parti PAS.

Oleh itu, segelintir yang tidak memahami prinsip perjuangan PAS, maka mereka akan keliru sedangkan tidak ada istilah PAS menghalang agama lain diamalkan, jelas K Kumaresan.

Video K Kumaresan tersebut telah dikongsi oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Twitternya.

Sumber : Samudera.my

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *