Terkini
Parlimen tidak wajar dibubarkan segera – PAS
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan.

- Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat tidak wajar dan tidak perlu disegerakan.
- Ia mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang sukarkan rakyat serta jentera kerajaan.
- PAS berpendirian kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan.
KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan.
Katanya, pandangan tersebut mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.
Beliau dalam kenyataan pada Selasa, berkata, “PAS tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah, bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan.”

Kenyataan media Presiden PAS
Tegasnya, PAS berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan.
Semalam, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan perjumpaan yang diadakan secara tertutup pada Selasa, hingga menyebabkan timbul desas-desus yang mengatakan bahawa bayangan tarikh pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
Sumber : Facebook Abdul Hadi Awang
