Connect with us

Antarabangsa

Marine Le Pen gesa lebih banyak masjid di Perancis ditutup

Ahli politik sayap kanan Perancis, Marine Le Pen menggesa lebih banyak masjid ditutup di negara itu bahkan di samping itu Imam juga telah dipecat oleh kerajaan tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

Marine Le Pen gesa lebih banyak masjid di Perancis ditutup
Foto: Marine Le Pen, sumber Anadolu Agency.
  • Ahli politik sayap kanan Perancis, Marine Le Pen gesa lebih banyak masjid ditutup di negara itu malah imam juga telah dipecat oleh kerajaan tersebut.
  • “Dia (Gerald Darmanin) menutup masjid di sana, masjid di sini. Kadang-kadang dia memecat imam tetapi dia mesti menutup semua masjid ekstrim di negara kita,” – Marine Le Pen.
  • Ketika disoal kriteria penutupan masjid, Marine berkata semua orang Islam yang mempunyai idealogi radikal harus dihantar pulang.

Ahli politik sayap kanan Perancis, Marine Le Pen  menggesa lebih banyak masjid ditutup di negara itu bahkan di samping itu Imam juga telah dipecat oleh kerajaan tersebut.

“Dia (Gerald Darmanin) menutup masjid di sana, masjid di sini. Kadang-kadang dia memecat Imam tetapi tidak setakat itu dia mesti menutup semua masjid ekstrim di negara kita,” tegasnya dalam temu bual di sebuah saluran TV Perancis.

Memetik Anadolu Agency, gesaan tersebut dibuat sekalipun selepas 24 masjid di Perancis telah ditutup sejak dua tahun lalu atas arahan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.

Ketika disoal tentang kriteria penutupan tempat ibadah Muslim itu, Marine berkata semua orang Islam yang mempunyai idealogi radikal harus dihantar pulang.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan Perancis mengumumkan penutupan sebuah masjid selepas mendakwa imamnya ekstremis, anti-Perancis dan buat komen provokatif terhadap nilai-nilai republik. 

Sumber : Anadolu Agency

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending